Sunday, October 23, 2011

90 JUTA KACA MOZEK DI JAM BESAR!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Daripada Abu Ya'la Syadad bin Aus ra meriwayatkan daripada Rasulullah saw bahawa baginda bersabda yang maksudnya "Sesungguhnya Allah telah menetapkan ihsan(kebaikan) atas semua perkara. Kerana itu, jika engkau membunuh (dalam peperangan) bunuhlah dengan baik; jika kamu menyembelih. sembelihlah dengan baik. Dan hendaklah seseorang daripada kamu menajamkan pisaunya dan menyenangkan(tidak menyeksa ) haiwan sembelihannya."
(riwayat Ahmad., Muslim, Abu Daud, Al Tirmizi, Ibn Majah, Al Baihaqi)
Menara ini  mempunyai sentuhan anak Malaysia .Menara setinggi 601 meter ini  merupakan menara  jam tertinggi dan terbesar di dunia.
Inilah Sdr Wan Nazri Wan Ariza, 31 tahun, jurutera SL Rasch  dari  Jerman yang bertanggungjawab menampilakan rekabentuk dan pembinaan menara tersebut.
Gambar drp Blog Hj Arsyad, Pemilik Hotel....
http://hajiarshad.blogspot.com/
Gambar drp google (sewaktu menuntut di Universiti Stutgart, Jerman)

Uniknya , 14 tenaga pakar dari Premier Composite Technology (Dubai)
juga terdiri drp kumpulan anak muda dari Msia yang diberi tanggungjawab memasang jam.

Jam gergasi itu dikatakan boleh dilihat dari jarak 17 km pada waktu malam, 12 km pada waktu siang.
Cahaya drp dua juta lampu LED yang menghiasinya yang berkerdipan setiap kali azan pula boleh dilihat dari jarak  sehingga 28 km.

90 juta kaca mozek keemasan digunakan untuk menghiasi keempat-empat permukaan jam tersebut.

Menurut Sdr Wan Nazri menara itu dilaporkan bernilai US $3 billion, dijanka siap sepenuhnya pada Februri 2012.
Beliau masih memantau kerja-kerja akhir  di menara tersebut.

Seorang lagi jurutera yang terlibat ialah Sdr Armazizul Afiffin drp Priemier  Technology.


Assalammualaikum.
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

No comments: