Monday, October 10, 2011

BUKU INGGERIS? SILA KE MAEPS, SERDANG..

Dengan nama Allah yanh Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Daripada Abu Hurairah ra berkata bahawa sesungguhnya Rasulullah saw bersabda yang maksudnya "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari akhirat hendaklah berkata baik atau diam. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah menghormati jiran tetangganya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat , hendaklah menghormati tetamunya."
Riwayat al Bukhari dan Muslim.
Alhamdulillah, Pesta buku ini sedang berlansung sekarang di MAEPS, Serdang(Mardi)  . Selalu dewan ini digunakan untuk Pesta Pertanian
Ini adalah Pesta jualan buku besar-besaran  dunia. Pesta akan berlangsung sehingga 16/10 ini.
Tajuk dia anehkan.....
Masing-masing  teruja dan bawa kotak!
Ada kira-kira 1.2 juta buku. Buku dibahagikan kepada beberapa  tajuk, jadi senang nak cari...Harga jatuh hingga  75%!
Buku-buku berkulit keras berharga RM 100 ke atas dijual dengan harga RM 20.
Lain buku berharga RM 3. RM 8 ,Rm 25 dll
Memang murah!
Tengok buku ni......siap letak sos sebenar.....Ada terbitan 2008.2009.  Sedikit 2011
Hehe ini bakal cikguTESL dan ahli debate sekolah..beratur nak bayar.
Kaunter bayaran ada 13. penuh dengan beratus orang! tapi keadaan terkawal

Kami membawa pulang 20 buku.
Esok, insyaAllah nak tinjau lagi.

Assalammulaikum.
Sebarkan salam dan semarakan amal.

1 comment:

World of Azketom said...

wah, banyaknya buku! Nak cari koleksi baru, tapi tak berkesempatan...hurm...