Monday, September 12, 2011

GENG SEKOLAH 35 TAHUN DAHULU!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Daripada Abu Imamah RA nabi Muhamad SAW bersabda yang maksudnya"Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan malaikatnya serta penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut, sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengingatkan perkara yang baik kepada orang ramai."
(Tirmizi)
Tiba-tiba saya teringin bertemu dengan kawan-kawan sekolah. Campur tolak akhirnya  saya dapat menghubungi 18 kawan Form 1 dan 6 kawan Form 4. Allahamdulillah.  Kami  adik beradik menanti kedatangan mereka di Kg Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat.
Roslimah, Azman , Kamariah dan Tumiran. Saya memang 'terkejut ' kerana tak kenal  langsung dengan Azman! Sangat-sangat berubah.....
Matron Anis Sawin yang ditunggu....
Siapa lagi..Ponajan, Jamaludin, Zaid, Kamsaton Hehe Jamaludin pun saya tak kenal....Zaid dan Tumiran masih macam dulu...
Emak berbual denga Tuan Zaid. Datuk saya dan datuk Zaid sangat  rapat.....
Anis Tbk, Sarimah...
Antara yang hadir...
Zaleha Hassan. Saya ke rumah lamanya, tak jumpa. Seseorang memberitahu beliau telah  berpindah. Setibanya saya dirumahnya  dua kali anaknya meminta saya masuk ke dalam. Mulanya saya tak masuk kerana dah agak lewat (bulan puasa)  tapi saya terkedu melihatnya berkerusi roda. Zaleha gembira. Dia bercerita sudah 12 tahun dia begitu selepas berlaku kemalangan. Alhamdulilah  sekarang dia boleh bergerak menggunakan  dua tongkat. Dia datang bersama suami, anak,2,menantu dan 9 cucu. Terimakasih ...
Terimakasih kepada Adik San Nian dan adik Sarimah yang sudi datang.
Cikgu Yasak juga hadir. Ini cikgu kami sewaktu F1. Cikgu mengajar Sains Paduan.
Kami adalah pelajar pertama SMKRengit. Saya ingat lagi saya disuruh ke depan memperagakan uniform sekolah yang betul...
(Asta'firullah skirt pendek biru...)
Halidah Othman dan dua anaknya.

Maaf banyak-banyak kepada Ruziati Husian dan Azizah Halid.  Gambar Ruziati tak memjadi dan  gambar Azizah tak ada kerana sekonyong-konyongnya kamera saya tak ada bateri.....

Terimakasih kepada kawan-kawan dan keluarga mereka.
Moga kita jumpa lagi
Penantian 35 tahun telah pun berakhir....

Alhamdulillah.
Sebarkan salam dan semarakkan amal.
Jadilah pencinta Al Quran
Jadilah orang yang memberi manfat kepada orang lain,

1 comment:

afeezz said...

assalamualaikum mama : ade cite menarik tak dah jumpe kawan2 lama tuh?