Monday, August 22, 2011

MASJID DAN MAKAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Daripada Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasullullah saw bersabda yang maksudnya
"Sebahagian daripada tanda baiknya( kualiti) keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak 
bermanfaat baginya" (Riwayat Tirmizi, Ibu Majah, Ahmad dan Al Baihaqi)

Ini adalah antara masjid yang terbesar di Malaysia.
Bulan puasa ni masjid ni sangat meriah. Ruangan kaum wanita  penuh semasa solat isyak dan terawih.
 
Tenguk tu TV HIJRAH pun sibuk buat interview....
Ini suasana sewaktu berbuka.. Sehingga Ahad kemarin, pihak masjid menyediakan makanan untuk 1500 orang.
Bermula dengan berbuka dengan kurma dan kuih, solat, kemudian makan nasi, solat  lsyak dan terawih. Lepas tu moreh( makan kuih atau mi atau bubur)
Selepas tadarus makan lagi (mi atau soto dll) Ada 49 kaum ibu yang mengikuti kumpulan ini dan beberapa orang kaum bapa.
Malam-malam akhir diadakan qiamullail  Kaum ibu ramai yang tidur di masjid. Saya tak pasti ada makanan atau tidak untuk sahur. (ikut lojik ada...)
Anak-anak suka bersembahyang di sini.

Assalamualaikum.
Sebarkan salam dan semarakkan amal.
Jadilah pencinta Al quran
Jadilah orang yang memberi manfaat kepada orang lain.

3 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

berdamping dgn Al Quran kita jadi mulia di dunia dan Akhirat

Wassalam

afeezz said...

assalamualaikum mama ju : masjid maner ni?

mamawana said...

assalam,

Seronoknyerrr...