Tuesday, August 16, 2011

BUTTER TAK HALAL ( TULISAN K JEE )

Tulisan ini saya petik daripada Puan Fauziah A Samad, seorang wartawan terkenal.
Saya dah pun meminta izin untuk memuat turun tu tulisan belaiu. Bacalah...Mentega ini sangat popular, saya pun pernah menggunakannya. Ya Allah ampunkan saya.....


TEKA TEKI BUTTER TAK HALAL TERJAWAB


Apabila Kjee menulis mengenai kesangsian banyak pihak apabila tercetus isu butter Golden Churn tidak halal pada 9 Jun lalu, Kjee menerima info dan email dari 'beberapa pihak yang mendakwa' diri mereka boleh sahkan produk itu Halal. 

Maka Kjee pun 'slow down' sikit setelah membaca dakwaan mereka yang panjang lebar. Lihat sini. Apapun, sekejap pelbagai pihak keluar statement kata boleh, sekejap tak boleh. Yang menjadi mangsa dalam kes ini mungkin ratusan pengeluar kek lapis Sarawak yang bergantung 100% kepada butter itu dalam pembikinan Kek Lapis Sarawak.

Malah, Kjee baca dalam satu berita di sebuah akhbar berbahsa Inggeris hari ini, sebuah syarikat pengimport dari Sarawak telah membelanjakan RM6-juta untuk membeli stok butter itu untuk kegunaan pembikin Kek Lapis Sarawak!

Kenyataan yang dikeluarkan oleh JAKIM semalam, akhirnya muktamad memberitahu semua pengguna Islam bahawa butter itu SAH TIDAK HALAL.

Walaupun, Kjee pernah mengguna butter jenama itu satu ketika dulu untuk membuat tart nenas dan menjualnya kepada rakan2 artis (ampun maaf dipinta), namun sejak lebih 10 tahun sudah, Kjee tidak menggunakannya. Ini adalah kerana saban tahun harganya semakin meningkat. Kjee terpaksa mencari jenama alternatif untuk tidak terbeban dengan kenaikan itu.

Dan sejak bulan Jun lalu, walapun ada pihak yang mengakui butter itu halal, Kjee sudah tidak teruja lagi untuk kembali menggunakannya. Biskut yang Kjee buat guna butter alternatif, sama rasa kesedapannya. 

Sebagai pengguna, kita harus segera guna kebijaksanaan sendiri seandainya ada apa2 isu berbangkit. Jika was was, eloklah menggunakan bahan2 lain yang pasti halal. Banyak lagi jenama butter premium yang dijual di pasaran. Antaranya Fern, SCS dan juga Anchor.

Haruskah kita tunggu kenyataan2 yang bakal dikeluarkan untuk mengesahkan dengan muktamad? Setelah dua minggu kita berpuasa barulah JAKIM meletakkan noktah keatas kemusykilan pengguna sedangkan isunya sudah berbangkit sejak awak tahun ini lagi!

Mustahil bahan yang dibuat dalam kilang sama tetapi diimport oleh lain2 syarikat boleh menetapkan halal dan haram. Misalnya yang diimport untuk kegunaan negara Islam halal dan seterusnya!

Begitulah jugak apabila minyak sapi QBB di kata tidak halal tahun lepas. Kjee segera mencari pengganti jenama lain. Dan Kjee mendapati biskut suji yang Kjee buat tidak ada cacat celanya. Khabarnya QBB dikatakan halal pulak tetapi Kjee was was.


Assalammualaikum
Sebarkan salam dan semarakkan amal.
Jadilah pencinta Al quran.
Jadilah orang yang memberi manfaat kepada orang lain.

6 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

kita terus pulaukan butter ni

SELAMAT BERPUASA

Wassalam

azlina 3 said...

asmlkm mama ju...

terim ak kasih di atas info ttg butter ni...
btw...emak msh blm sihat sepenuhnya...ina akn blk ziarah emak esk..insyaallah akn updates keadaan emak di blog..
menurut doktor emak dh lama d serang asma tapi tak ke hsptl jadi kahak tlh membeku di paru2...
jadi memakan masa utk pulih seperti sedia kala..
trm ksh kak kerana mengambil berat..

afeezz said...

assalamualaikum mama : baru ni lah sy dengar butter ni, sebelum ni tak pernah dgr pon, maklum lah, tak pernah wat kuih... hehehe. buttercup pernah ler

Ayah Zain said...

salam MJ

pengguna menjadi mangsa kerana pihak berwenang tidak mengambil berat ....

azieazah said...

Terimakasih berkongsi info berguna. Seriau juga kita...


Ramadhan: Nuzul Quran “bacalah...”

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Hai Mama Ju..

Tu la saya pun terbaca itu ari, rasa mcm was2 plak nak mkn kuih raya kat rumah org, dibuatnya diorang yg tak tau, terguna plak butter ni. Ingat mcm nak jamah kerepek2 je la thn ni Kak.