Wednesday, May 4, 2011

LYNA-SCRIPTORY BOX PUCHONG- FAME KIDS

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA  PENYAYANG.
Ibnu Umar meriwayatkan Maksudnya" Aku pernah melaksanakan shalat bersama Rasulullah saw dua rakaat sebelum zuhur, dua rakaat selepasnya, dua rakaat setelah magrib di rumah beliau dan dua rakaat setelah isya di rumah beliau"(Riwayat Tirmizi, Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Ada masa datanglah ke majlis di bawah. Majlis dari Puan Lyna. Jemputan ini saya salin dari Kak Jee. Terimakasih.
Add caption


Nama saya Lyna, saya merupakan pemilik Scriptory Box di Puchong. Kami akan mengadakan pelancaran FAMEkids, iaitu sebuah kumpulan sokongan anak-anak istimewa (OKU). FAMEkids diasaskan oleh saya sendiri bersama seorang teman, Puan Watie yang juga mempunyai anak istimewa. Untuk pengetahuan anak saya mengalami kecacatan di kaki (kudung) dan tangan (kudung jari dan bertaut) manakala anak Puan Watie mengalami keistimewaan pada bahagian tangan (tangan tiada tulang).

 Oleh itu kami merasakan tanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa golongan OKU tidak sepatutnya dipandang sebelah mata, dan memberi sokongan kepada ibu-bapa kepada anak2 OKU. Ini memandangkan masyarakat kita masih dibelenggu mitos2 tentang kecacatan yang melanda terutama kepada bayi2 yang baru lahir. Apa yang ingin kami timbulkan ialah perasaan bahawa anak2 OKU sama saja seperti anak2 lain, mereka berhak untuk mendapat peluang yang sama seperti orang lain. 

Details:
tarikh : 8 Mei 2011
masa : 11am-4pm (pelancaran jam 12.30)
tempat : Wisma Bling Lustre, Tmn Meranti Jaya, Puchong

Majlis ini turut dihadiri oleh selebriti seperti Farah Deeba, Najlah Ishak, Nawar Anisah, kumpulan MIrwana, Jack Dzull dan ramai lagi. 
dapatlah letak sikit dalam blog supaya orang ramai tahu kewujudan FAMEkids ni. mana la tahu dalam ramai2 pembaca ada yang memiliki anak istimewa... jadi bolehlah dia turut serta.

Kalau ada yang berminat , bolehlah hubungi Puan Lyna di sauberlina@gmail.com atau boleh lawati mereka di http://www.scriptorybox.com/
Assalamualaikum
Sebarkan salam dan semarakkan amal.
Jadilah pencinta Al Quran.

2 comments:

azieazah said...

Terimakasih.

Semoga segala usaha Lyna dan teamwork itu akan terus berjaya dan tercapai segala hasrat.
Wajar disokong.


“Tiba-tiba plak jadi baik?”: Luahan Hati Ini Sangat Panjang...

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum Mama Ju,

Alhamdulillah ada juga tempat OKU utk beriadah. Jariah mama dgn menyebarkan hal-hal sebegini.