Saturday, April 30, 2011

CORAT CORET MAJLIS PROF KAMIL DI PESTA BUKU 30/4/11

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.
Abu Asid ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Makanlah minyak zaitun dan manfaatkannya sebagai minyak. Sungguh, minyak zaiton berasal dari tumbuhan yang diberkahi.
(Riwayat Tirmizi dan Bukhari)

Alhamdulillah, akhirnya tiba juga majlis yang ditunggu-tunggu. Saya bersama suami dan anak-anak tiba ke pwtc menaiki LRTkira-kira jam 12 lebih. Suasana amatlah sesak. Sampai di Pwtc suami angkat tangan tanda mengundur diri, hehe saya teruskan ikut arus...setapak setapak...saya terus tuju musalla.

Dari situ menapak lagi, agak ok. Mencari bilik Johor di belakang pentas...tak jumpa!
Rupanya arah berbeza...Di bilik Johor pintu pulak berkunci, ada dua tiga orang bersama-sama saya. Mereka kata kat bilik Selangorlah..Saya telefon Prof...tak de jawapan...

Seketika kemudian pintu dibuka..wah dah ramai! Rupanya mereka yang datang awal masuk dari pintu depan!

Majlis bermula tepat jam dua.
Dimulai oleh Ustaz Asrul, imam UITM Segamat dengan bacaan puji-pujian , doa dan nasyid. Ya Allah syahdu betul suara beliau. Menikmati bait-bait ayat yang disuarakan, amat mengharukan.

Majlis berjalan ringkas. Mula Boss Besar Puan Ainon memberi ucapan.
Ucapannya santai. Menurut beliau buku-buku Prof Kamil dan Puan Roza terjual kira-kira 100,000 naskah!
Prof Kamil menggelarkan Puan Ainon sebagai perempun tua Jawa Banting yang sangat kaya!

Majlis pelancaran buku dirasmiakan. Ini dia wajah yang ditunggu-tunggu oleh pembaca buku dan blog Prof Kamil.
Dato Zakee bin Che Hassan, alumi UITM.

Dato pembeli pertama. membeli sebanyak 200 naskah dan diberikan percuma kepada yang hadir.(Prof kata 240)
Puan Ainon menunjukkan cek yang diterima daripada Dato bernilai RM 2006....

Prof sibuk kesana sini layan peminat...

Ini sapa Prof?


Buku Baru ...TERIMAKASIH!

Ini buku Puan Roza. Kulit buku ni berbeza dari yang kita lihat di blog beliau. Harga RM 19.00. Kami beli dengan harga RM 10.00. Terimakasih kepada yang sponsor.
. Taj dan BHS dari geng PDKM.
Sdr Mohamad geng PDKM juga.

Melaram dengan buku baru....

Puan Roza Roslan. Terimakasih kerana sudi melayan kami.

Minta tandatangan ..

Berborak dengan Puan Ainon di gigi pentas. Beliau sangat peramah !
Terimakasih semua. Moga semua di rahmati dan diberkati Allah. Amin.

Assalamualaikum.
Sebarkan salam dan semarakkan amal
Jadilah pencinta Al QURAN.

9 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Mama Ju

kalau saya tahu Kak Tun dan Taj ada..
siang2 saya dah sampai

SELAMAT HARI PEKERJA

Wassalam

ainhany said...

salam mama,

alhamdulilah..pertemuan yang heabt..jumpa pulak geng pdkm..
bertuahnya mama dan sahabat..

ain tumpang gumbira mmbaca n3 ni..syabas mama,,aini masih di kg

azieazah said...

Syabas, kerana akhirnya mendapat buku yang baik yang menjadi idaman hati.

PWTC memang sesak bila time Pesta Buku.

Ummi Humaira said...

salam mamaJu...

berjanji ker geng PDKM tu ? tiba2 jer jumpa kat sana...

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

pertemuan yg sgt mulia..atas nama ilmu, semua urusan dipermudahkan..semoga ukhwah yg sedia terjalin kan lebih erat lagi...

boxhousestudio said...

assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh wahai mamaju

boxhousestudio said...

mama ju nak tolong jawab tuk rozali..

cik rozali ... kami semua tak berjanji sebenarnya....BHS dah pernah jumpa Prof Kamil and Roza sebelum ni di surau puchong ..masa tu Prof Kamil beri ceramah ...namun bersyukur dengan aturan ALLAH....aura PDKM kuat benar rasanya....Alhamdulillah...pantang dengar nama bumi anbia di sebut...hati langsung tertawan dengan sendirinya....rinduuuu....

BHS di jemput kawan baking BHS pagi tu...kami geng blogger baking ada yang buat demo baking kat karangkraf.....makanya serampang dua mata...

nampak booth telaga biru...hhhmmm

dan nampak ustaz farid razi di booth dia....apa lagi bergambar dan ber authograph le...

alla banyak nak cite...kang mama ju marah kang...kan mama ju kan kan kan.....^_^....

mama ju, said...

Aslkm semua,

Terimaksih kpd kalian..
Utk BHS, bestkan jumpa Prof dan Roza. Tapi sayang tak jumpa mak roza.
Hehe mama pun jumpa uzt Farid, Moha Alexander(yajuj makjuy), Dr Asri dan Dr Danial. Wah....eh kat pentas utama ust Zahazan!

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Bestnya kalau ada peluang ke pesta buku spt ini.. tp kalau sesak sgt spt yg Mama Ju ceritakan tu, I pun agakanya surrender untuk merentasi selautan manusia.