Thursday, January 6, 2011

KELILING RUMAH

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.
DARI ABU HURAIRAH DARI NABI MUHAMAD SAW BERSABDA YANG MAKSUDNYA"Apabila imam mengucapkan Amin, hendaklah kamu mengucapkan bersamanya kerana sesiapa yang Aminnya serentak dengan ucapan Amin malaikat nescaya diampunkan dosa yang lalu.
-

Kami tinggal di Lestari, Perdana, terletak di Bandar Putra Permai, dalam  jajahan Sri Kembangan. Majlis perbandarannya Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Kawasan rumah kami taklah sebesar mana. Cukuplah untuk kami anak beranak.

Antara hobi kami ialah bermain dengan tanah.

Suami saya menanam  pokok limau nipis, limau purut, delima dan ciku.
Semuanya ditanam di dalam pasu. Alhamdulillah berbuah!

Ini pokok ubi kayu, pucuk manis, kunyit dan selasih.
Ulang tayang....Mak disamping pokok longan pingpong.

Ini pokok kesum, daun pandan, daun kaduk dan pengaga.
Sebenarnya pengaga ni mula asalnya pengaga hiasan(yang besar2 tu...)
Adakah rasanya sama dengan pengaga biasa tu?Tak cuba lagi...



Pokok tenggek burung, sambung nyawa(?)
Kemangi(?) dan jambu batu.


Sekonyong-konyong sewaktu kami buat batas pokok labu kami menemui  beberapa  buah ubi kayu.


Labu ni kami tanam selepas dapat inspirasi dari MAHA!
Daun labu dah boleh dipetik dan hasilnya saya masak lemak buah labu  dengan daun labu!
Rasanya sedap. ...Masuk bahan2 biasa ,campur lengkuas dan daun kunyit. Daun labu ni berbulu halus...Sebenarnya dulu-dulu tak pernah makan pun....

Sila cuba.

Jemputlah datang ke rumah. Rumah kami tak jauh dari GIANT Sri Kembangan dan Jusco Equine.

ASSALAMMUALAIKUM.
SEBARKAN SALAM...!

11 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

pagi hidang meehon goring
mlm hidang kesukaan atuk juga
tak berasap dapur atuk hari ni
he he
oppppp kenyang....

Wassalam

kak su said...

Assalammualaikum mama Ju

Mana aci semua tok Atuk jer...

Merajuk lah...hee...hee...hee...
tenguk n3 nii ...geram dibuatnya.

Moga kak Su pun dapat camni gak...
Nak taman dlm umah...

Wslm.

jari | jemari said...

mama bukan pegaga ke ma? hehe.

bila jumpa ubi kayu, macam jumpa harta karun pulak :D

khairanimaisurah said...

assalamualaikummmm mama ju,

wah!!! meriahnya laman. tentu puaskan bila dpt hasilnya. tak jauh rupanya kita ye...

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam ju,

daun pegaga tu boleh dibuat jus ---> blend ---> tapis ---> letak gula sikit ---> minum ---> awet muda :))

Kakzakie Purvit said...

Salam Mama Ju,

Kalau kawasan tanah luas memang seronok. Boleh tanam banyak. Kakak suka gambar yg ulang tayang tu. Emak dgn buah longan....

rezeki said...

salam mama ju

alhamdulillah

berbudi pada tanah, besar ganjaran dan pahalanya

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..insyaALLAH jika ada kelapangan dan kebetulan ke sana, akan sampai jua..trime kasih atas jemputan

lindaishak said...

salam ju
saya nak skodeng pokok kemangi dan sabong nyawa blh nnti saya dtg sana siap22x lah buat benihnya ye..
saya pun ada gak kichen garden
betul ke ejaan saya..hentam je lah.
terima kaseh.

sophie said...

salam mamaju,
longan dan ciku pun tanam dalam pasu???

Mr.Ein said...

boleh ye tanam delima dalam pasu.. ingat tak berbuah ehehe

pasu besar ke?