Tuesday, January 4, 2011

AZAM DAN CHOCOLATE CHIPS MUFFIN

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.

Dari Abu Imamah RA nabi Muhamad SAW bersabda yang maksudnya
"Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan malaikatnya serta penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut- sentiasa berdoa untuk sesiapa yang menyampaikan perkara baik kepada orang ramai"
(Tarmizi)

Dah masuk 5 hb. 2011.Masih nak cerita azam?
Azam untuk kebaikkan apa salahnya. Kita berazam untuk jadi lebih baik dari sebelumnya.


Kita buatlah azam...misalnya nak sembahyang di awal waktu, berjemaah. Lepas tu nak baca Quran pulak 10 helai misalnya dan lagi dan lagi.....Tampallah azam ni di tempat selalu kita lihat misalnya kat peti ais...Malam kita buat checklist....mungkin cara ni kita akan ingat......

Saya tertarik dengan cerita AZAM hari ni di blog Shahrom. Kisah santai berazam untuk solat magrib isyak di masjid dll. Nampak biasa je kan?Jadi kena berazam untk lebih bersemangat....Nanti insyallah jadi!

Klik blog Shah

Saya juga tertarik dengan azam Abdul Munir Sanusi, penuntut perubatan di Irbid , Jordan.
Hehe beliau ingin menghadamkan lumat-lumat tafsir Juz amma, hadith 40 imam Nawawi dan risalah Imam Hasan Al Banna.Hey ini betul-betul buat kami yang tua-tua ni rasa tercabar!

Azam beliau lagi nak tunang paling cikai sebelum masuk kerja!(He he dah ada calon ke?)

Maaf ya Munir .

Untuk Shahrom dan Munir mama  sediakan  Muffin.. Jam 8.20 pagi tadi mama mula buat Muffin ni. Tak berapa cantik bentuknya tapi rasanya boleh tahan....... Nah......
Chocolate Chips Muffin
Resepi drp Noreen UK( saya ada ubaisuai)

250 g tepung gandum diayak
1 camca teh baling powder
1/2 camca teh bicabornat
2 camca besar serbuk koko

250 ml susu
90 ml minyak sayur
1 biji telur
1 camca teh esen vanila

175g gula halus
150 chocolate chip

Satukan semuanya. Masuk chocolate chip.Gaul rata. Masuk dalam acuan. bakar 20 minit,suhu 180'c

Resepi ni mudah sangat. Cubalah...Munir kat sana pun boleh mencubanya.



4 comments:

sonata anak kancil said...

salam...semua sibuk dalam bidang masing2 ! sedapnya muffin tu...kalaulah boleh saya bawak bekal ke sekolah ! he3x...bestnya

Rozali said...

Assalamualaikum Mam Ju

untuk dia orang berdua ajer
saya tak ada ke..

Wassalam

jari | jemari said...

alaaa. kakak tak dapaaat...


hehe

Abdul Munir Sanusi said...

Alamak, silap tu link blog saya.

www.sembangpagi.blogspot.com

Mama, tolong pos ke Jordan. Boleh?