Friday, December 31, 2010

HIASAN DAPUR

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Dari Abdullah bin Masud dari Nabi Muhamadsaw bersabda maksudnya"Sesungguhnya ada bagi Allah beberapa malaikat yang berjalan  di merata bumi untuk menyampaikan salam kepadaku dari sesiapa di antara umatku yang memberi salam kepadaku sekalipun jauh negeri orang itu dan tempat tinggalnya.
(Imam Ahmad dan Al Nasai')

Kali ni saja nak cerita pasal dapur. Atas tu gambar pokok bawang. Ia sebenarnya dari lebihan bawang untuk memasak. Bahagian atas tu jangan dibuang, letak sedikit air dan tunggulah...
Bolehlah digunakan untuk tabur di atas masakan kita....

Ini pokok pudina. Biasa digunakan kalau nak masak nasi atau ayam beryani atau letak dalam air teh.Lain saya tak tahu. Jom tanya cikgu nadz....nampak cikgu banyak tanam pokok-pokok macam ni...

Ini daun pasley. Saya hanya tahu  ianya kerap digunakan  untuk hiasan . Rasanya ok, boleh dimakan macam tu je. Pokok ni tak berapa kuatlah, kena angin kuat pun batangnya patah....

Ini daun bawang yang ditanam dalam pasu. Daunnya hijau(cukup zat agaknya berbanding yang kat air tu...)

Pokok-pokok ni saya letak di dapur.
Hehe nanti saya nak cerita lagi pasal pokok....

Selamat menanam...

1 comment:

CekWa said...

kalau rajin bercucuk tanam tentu dpat hasilnya dan boleh berjimat!