Thursday, December 30, 2010

EMAK (2)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Daripada Ibni Omar dari nabi Muhamad saw sabdanya yang bermaksud"Kewajipan seorang muslim ialah mendengar dan patuh pada setiap yang disukai dan yang dibencinya, melainkan jika diperintah mergerjakan maksiat. Maka sekiranya diperintah mengerjakan maksiat maka jangan dengar dan patuh lagi."
(Syaikhan)

Alhamdulillah emak ke Lestari lagi! Kali ni mak datang dengan adik dan anak saudara.

Mak ke Lukut. Ada majlis kawin di rumah besan.
Ni dekat majlis kawin. Sesak... berdiri pun ok...

Kami juga bawa mak ke Bangi, rumah sepupu.

Ini di rumah Rodiah Saripan.

Kami bawa juga ke tempat shopping. Bahagianya  di SOGO.....
Mak beli beg tangan,beg duit. Hehe  saya  ambil peluang beli beg, kasut dll

Mak tak suka makanan segera, jadi Restoran Insaf je lah...pekena nasi Beriyani.Alhamdulillah...Ada blog...kata ..nasi disini lebih sedap dari nasi beriyani MatShah Batu Pahat....tipu.....

Mak balik dengan bas Mayang Sari. Bas dua tingkat, cantik. Mak duduk di bahagian bawah, selesa dengan tempat duduk yang sedikit. Bas ni membawa mak terus ke destinasi..Kg Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat.
Terimakasih mak kerana berziarah ke sini.

Moga mak terus bahagia, boleh berjalan ke sana sini. Amin.

4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam mama ju,

Entah mengapa kakak teringin nak jumpa emak mama ju. Dekat je dgn kampung hubby kakak. Kg. Belahan Tampok tu kakak tahu, cuma tak pernah pergi je...

Moga emak terus diberikan kesihatan yg baik....

sahromnasrudin said...

as salam mamaju..semoga ibu kepada mamaju terus dikurniakan kesihatan yang baik

ainhany said...

Salam mamaju,

ceria jer tenguk emak mamaju nie.. dikelingi pulak degn anak2 cucu yang bahagia..ALHAMDULILAH

semuga emak sihat2 selalu.
Amin

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

ibu gembira lihat anak menantu serta cucu meghormati orang tua

Wassalam