Tuesday, November 23, 2010

PESAN ARWAH ABAH- Pelajaran 2

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Dah  lebih setahun abah meninggal. Banyak kenangan bersama-samanya. Abah pesan macam-macam. Kalau balik kampong abah selalu cerita macam-macam, dari hal pengalaman kerja, pengalaman mengembara dan hal-hal beribadat....
Abah tekankan baca kitab/ taklim dengan keluarga setiap hari.
Abah tekankan baca zikir pagi dan petang setiap hari.
Abah tekankan baca Quran setiap hari....
Abah selalu tanya pasal sembahyang.
Walaupun abah bukan dari sekolah agama tapi saya tabik abah boleh terjemah ayat-ayat Quran....

Lebih kurang sebulan sebelum meninggal, kami ada perjumpaan keluarga. Sewaktu masing-masing nak balik ...tiba-tiba abah suruh berkumpul .Bermacam doa yang abah ajar  , lepas tu kena hafal...doa sepanjang jalan ..doa jumpa pekan, jumpa jambatan, doa naik bukit turun bukit  dan macam-macam.....Agak lama juga...tak pernah abah buat  macam ni. Saya ada katakan saya nak balik cepat ada janji .Abah kata ini lagi penting.....

Semua itu tinggal kenangan. Al Fatihah.
Hari ni cuba nasi Beriyani. Ini resepi dari blog En Mat Gebu.

BERIYANI AH MAT GEBU
3 cawan beras basmati- rendam 20 minit
1/2 cawan gajus
4 cawan air
1/2 cawan kismis
1/2 cawan susu cair
3 camca besar minyak sapi
2 helai daun pandan
1 genggam daum ketumbar
1 genggam daun pudina
secubit koma-koma(saya guna pewaran kuning)
1/2 kiub pati ayam

Bahan tumis

1 bawang besar
1 1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji tomato..potong dadu
1  1/2 camca besar rempah beryani
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 bunga cengkih
3 biji pelaga

RASA....Sangat sedap...lembut. Elok tambah air mawar sikit bagi wangi

Saya cuba gandingkan dengan lauk ayam masala. Saya beli rempah ayam masala segera. Goreng ayam dengan halia dan lada hitam.lepas tu tumis dengan rempah segara, tambah sedikit air. TARA.....

5 comments:

Anonymous said...

salam

mama sayang

rindu mama

teringin nak rasa masakan mama

sahromnasrudin said...

salam mama..mesti sedap masakan mama kan..kalau ada kenduri, jangan lupe jemput kami kan hahahaha

Kakzakie Purvit said...

Salam Mama ju,

Mengenang yg telah pergi sekadar membuat hati sayu. Abah mama sebenarnya telah meninggalkan anak-anak soleh/solehah satu dari tiga yg boleh membantu selepas kepergiannya.

Nasi beryani tu sedapnya.....

mamawana said...

Salam mamaju...

Bahagia abah pergi mewariskan ilmu dan amalan utk anak cucu. Alfatihah buat yg pergi terdahulu.

Anonymous said...

salam ju

Alfatiha buat ayah ju,
segala pesanannya yg baik tak hilang dr ingatan.menjadi contoh kpd cucu yg ditinggalkn.
nasi tu mang sedap nape tak ajak saya makan.