Sunday, November 28, 2010

SELAMAT DATANG MAK DAN ADIKKU SITI RODZIAH / Pelajaran 3

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Selamat datang mak dan adikku sekeluarga ke Lestari Perdana. Mereka dalam lawatan sempena cuti sekolah.
Tempat yang mereka jejaki...IKEA dan MAHA
Wah posing sakan nampak....

Seharian mereka di MAHA, Serdang.
Esok insyallah saya nak ajak mereka melawat studio lukisan sepupu di Kuang, Selangor.
Kita ke Pelajaran 3.
Saya cuba kuih Lapis. Agak kurang menjadi, sedikit lembik. Mak kata mungkin saya terlebih bubuh tepung kastard. Mak kata lagi kalau nak senang buatlah kuih lapis guna tepung gandum sahaja, kuihnya lebih licin...

KUIH LAPIS

3 cawan santan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
4 sudu tepung beras
4 sudu tepung kastad
1 sudu teh garam

Bahan B
2 sudu teh pes coklat
1 1/2 sudu makan serbuk koko
1 sudu makan nescafe
1/2 cawan air suam

Bahan C
1/2 cawan air suam

Panas kukusan. Gaul bahan A, bahagi 2. Masuk bahagian 2 dalam satu bahagian.(saya masukkan pewarna meah)
Satu lagi masuk bahan C..
Masuk satu senduk dalam loyang, kukus sekejap....Buat hingga habis berselang seli.
Saya buat sebelas lapisan. Sejuk baru potong.
TARAA.....

5 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

meriah, saudara datang
bertambah rezeki

Wassalam

sahromnasrudin said...

salam ziarah mama ju..semoga tetamu yang datang itu membawa seribu keberkatan..insyaAllah..

rezeki said...

salam mama ju

org rumah teringin nak ke MAHA tu, tapi belum berkesempatan

sinomosa said...

Salam Mama,

Wah siap ada resepi kuih lapis hehe

Kakzakie Purvit said...

Salam mama ju,

Ada cadangan nak turut ke MAHA tapi tak jadi atas sebab tak dapat dielakkan. Tapi kakak dah dapat juga makan jagung dan pelam dari MAHA. Abang yang bagi.

Kuih lapis tu mana? Dah habis jamu emak dan keluarga yg datang ke?