Sunday, November 21, 2010

CUTI BERMULA.....Pelajaran 1

Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha pemgasih.
Wah lamanya diaorang cuti...sampai awal tahun depan!
Kakak Farah pun seronok tak de kerja kursus nak dibuat...Nabil pulak Selasa ni mula berjuang denga SPM...Moga dimudahkan dia menjalani peperiksaan. Amin.
Anak-anak bersemangat buat kuih..hingga pengadun ni berasap!
Cuti-cuti ni banyak yang saya rancangkan untuk anak-anak. Satu darinya  bersama-sama memasak...Hari ni kami mencuba Kek Pisang dan Spegetti Carbonara.

KEK PISANG

250 g gula
500g tepng gandum
2 biji telur
1 sudu susu
1/2 sudu garam
1 cawan pisang lenyek
1 sudu teh baking  soda
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 cawan mentega

Rasa.....ok juga, agak manis, nampak agak keras sikit...tapi sedap...
SPAGETTI CARBONARA

1 peket spagetti
1 bawang besar
3 ulas bawang putih
1 tin mushroom
daging kisar
butter
3 cawan air
2 tbs oregano
2/3 keping keju
1 tin mushroom sup
garam

Rasa....sangat sedap!

Ada rezeki dan masa belajar yang lain pulak.

Wasalam.

6 comments:

kak su said...

Salam Mama ju

Alhamdulillah sama la kite...

Ari ni..pun spagetthi tapi bolongone...aper2 la...
versi melayu guna cili...

Wslm

mohdandmeriam said...

salam ju..seronok kan kalau semua dah ada dirumah..senanglah ju ada pembantu didapur..kakyam ,kalau anak2 balik penat juga kalau tak ada pembantu tapi tukang makannya macam anak burung asyik lapar je..hehe..

sahromnasrudin said...

salam mama ju..semoga mama ju terus berbahagia di kelilingi insan tersayang..amin...

Rozali said...

Assalamualaikum Mama Ju

moga nabil dipermodahkan oleh Allah untuk menjawab semua soalan serta mendapat keputusan SPM yg cemerlang nanti

Wassalam

Kakzakie said...

Salam Mama Ju,

Nampak gaya anak-anak cuti panjang mama yang goyang kaki tak payah pergi dapur.

Buat Nabil selamat berjuang auntie ucapkan moga dapat ikut jejak kakak-kakak kearah lebih cemerlang.

ummu said...

salam mama Ju
tengok gambar mama ni ]teringat masa zaman saya sekolah2 dulu
ha kalau time cuti sekolah ni
ibu kata,
operasi masuk ke dapur
maklumlah kami ramai yang tinggal di asrama
time cuti ginilah untuk belajar masak measak.
rindunya masa yang berlalu, mama.