Ini mak saya. Hajah Jamilah. Berusia 72 tahun. Mak duduk sorang kat kampung, sekali sekala berziarah rumah anak-anak. Mak lebih senang kat kampong. Paling lama mak boleh bertahan di rumah anak-anak seminggu ..tu pun dah banyak alasan.Di waktu siang ada dua orang anak saudara yang sedia membantu mak nak ke mana-mana. Malam ada anak angkat yang menemani mak.Terimakasih banyak-banyak buat Imah, Zahar, Eros dan Mala. Merekalah yang sentiasa membantu mak. Hujung minggu berganti adik-adik melihat mak. Terimakasih kepada adik-adik yang sentiasa menjenguk mak. |
15 comments:
salam ju..emak ju sihat lagi w/p dah 72 tahun..agaknya apalah amalannya ya..yg pasti badan sentiasa berpeluh kerana minat bercucuk tanam.seronok tenguk bunga2 yg pelbagai jenis dan warna.
salam mama ju : sihat lagi mak mama yer, bole tanam2 pokok lagi.. alhamdulillah
Salam...
Bahagia dan bertuah masih ada ibu.
Salam Mama Ju...
Mama bertuah kerana masih ada emak, berbuat baiklah kepadanya supaya tidak terkilan sesudah dia tiada.
Tumbuh2an sememangnya menceriakan dan berperanan sebagai therapi kpd pemiliknya dan sesiapa sahaja yg membelainya. Ketika kepala berserabut cuba belai dan bercakap2 dengan tumbuhan yg menghijau dan bebunga yg beranika warna, insyaAllah mendapat ketenangan.
salam mama ju,
orang tua ingin bersendirian.
moga bahagia mengiringinya.
agaknya kita dah beransur makin berusia tua ni macam ni lah jugak - suka kat rumah sendiri...MIL / FIL juga suka duduk kat rumah sendiri...macam2 boleh buat..kat rumah kita lengoh - dok diam aje !
Salam mama ju
Alhamdulillah, moga emak Ju sentiasa di bawah lindunganNya.
Amin.
Wslm
salam..
sihatnya mak mama.. cantik dan tenang kampung mama... nak gi umah dekat kampung mama ler..
Salam mama JU,
Wah cantik sungguh bunga2 dan pokok2 yang ditanam. Kata orang kalau subur pokok bermakna tuan punya pun subur hatinya dan ikhlas perbuatannya.
Salam mamaju,
Seronoknya duk kat kg. Saya pun berangan dh tua2 nk duk kg.
cantik rumah kampong mamaju. terutama dengan tanaman pokok dan bunga2. di mana ni? syukur mak mama ju dikurniakan kesihatan dan dapat berdikari dan bertenaga menjaga tanaman :)
alhamdulillah...emak ju masih sihat..
salam mamaju,
Alhamdulilah..nampak ceria wajah bonda mama seindah tanam2an yg menghiasi laman. Semuga bonda terus bahagia dan dibekalkan ilahi kesihatan dan keselamatan dunia akhirat. Insya ALLAH
p/s: sampaikan salam buat bonda ya
wasalam
Cantik...
Salam perkenalan mama jue...damainya hati saya bila tengok suasana kg mama jue.Ia membuatkan saya teringat zaman kanak2 saya dulu.
Saya follow akak k..
Post a Comment