Tuesday, August 10, 2010

TAHNIAH DR. FAISAL TEHRANI.

Kenangan dari Faisal Tehrani.
Di atas gambar FT yang dipotret oleh saya...
Di bawah gambar dari blog Faisal Tehrani.
Mulanya saya ucapkan selamat hari lahir buat saudara Faisal Tehrani pada 7 hb Ogos, 2010.
Ucapan tahniah juga diucapkan kepada Dr Faisal Tehrani kerana dianugerahkan Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau meneroka dunia islam sufisme, islam-kejawen, Suni, Syiah semata-mata untuk memahami sejumlah aliran sastera di Malaysia dan Indonesia.(Ayat-ayat ini dipetik dari blog Faisal Tehrani)

Beliau boleh ditemui dihttp://tehranifaisal.blogspot.com/
Saya memang tak lupa membaca karya-karya FT walaupun kadangkala 'sakit kepala!'

Sekali lagi tahniah...sempena hari bersejarah ni..tunjuklah gambar dengan isteri...

11 comments:

Naz Mohamed said...

Salam mamaju,

Saya meminati tulisan beliau krn bahasa sasteranya yg tinggi w/pun belum tentu saya bersetuju dgn pendpt orgnya. Masa belajar dulu saya aliran sains. Kononnya budak sains tak main la baca buku2 sastera ni...apa kelas (saya la tu dulu2). Tp bila dh mula baca buku FT, terasa indahnya bahasa kita w/pun kadang2 saya jugak pening kepala. Ruginya saya krn meminggirkan sastera, budaya kita.

ainhany said...

salam Mamaju,

Tahniah dan Selamat Ulangtahun Dr FT.Semuga ALLAH mencurahkan ilham yang berterusan buatmu. amin

Secara total...bahasanya tinggi dan terkdg sukar di fahami. Seorng yg kreatif mempunyai kredibiliti tersendiri. Tahniah dan Alhamdulilah Dr. FaisalTehrani .

terima kasih mamaju atas perkongsian ini

Hafizi Tajuddin said...

terlalu byk komen dlm blog FT hingga terasa x punya tempat di gelanggang seni. utk benih yg baru nak berputik ni rasa berat n besar cabaran menulis d msia. so, cmna ya nak jadi hebat mcm beliau? mg mama trus smgt dlm arena ini, insya-allah.

wan-niza said...

salam,
Saya juga pernah menjadi peminat FT. Pernah nekad menyambung belajar di aliran berbeza selepas membaca ayat dalam novel 'manikam kalbu' "sains itu proses, seni itu hasilnya". Bertukar dari BSc kepada M Social Sc.

Tapi sekarang dah tak membaca karya FT lagi, yang terakhir - Karbala. Mungkin patut mula membaca semula :)

cilipadi said...

Salam.Tumpang sekaki nak ucap tahniah kepada Dr Faisaltehrani...tercari-cari ruang lalu terjumpa blog Mamaju.Tahniah Dr Faisal.You are one interesting character indeed!Saya terkesima dengan bahasa klasik anda.Mamaju,teruskan menulis...suka cara Mamaju...santai dan menarik.I don't write but I read voraciously,thanks 2 my late father.

azlina said...

salam mama..

ina ni lari tajuk...selamat menjalani ibadah puasa buat mama dan keluarga...dan selamat menjalani ibadah di bulan yg mulia ini..

ina dah hilang no hp mama pastu minta pd kak ummi hilang lagi ank delate semua msg kt inbox nk minta pd kak ummi segan plk ganggu dia...

catz said...

salam,

Mamaju..
apa khabar?
saya ada sms mamaju, tapi sms tak sampai,.
mama dah tukar nombor tel ke?
mama kata ada add saya di facebook..tapi tak de pula request dr mama.

btw ..
selamat meyambut ramadhan (oh dah 10 hari puasa..kejap je..).

:)

catz

Unknown said...

salam kak JU....

lama tak dengar berita....

selamat menjalani ibadah puasa...

Superman's Girlfriend said...

wah! faisal tehrani dah jadi doktor!

Anonymous said...

salam...

banyakkan membaca dari semua sumber.terutama al-quran dan tafsir.tolong berhati-hati dengan faizah tehrani dll kerana mereka ini sangat bijak menulis,berpolitik..DALAM HALUS MENYEBARKAN AGAMA SYIAH!

Anonymous said...

http://movingtoislam.blogspot.com/2010/12/mengulas-faizal-tehrani.html


http://pinkturtle2.wordpress.com/2008/12/11/11423/

http://ikatkata.wordpress.com/2010/09/22/bantahan-terhadap-dakyah-syiah-faisal-tehrani-di-seminar-pencinta-buku-itnm/

http://ustazmoden.wordpress.com/2011/01/04/penjelasan-kesesatan-syiah-oleh-blogger-mistis-files-kepada-faisal-tehrani-wajib-baca-dan-sebar/

BERHATI-HATI DENGAN FITNAH AKHIR ZAMAN.JANGAN TERSESAT DENGAN SYIAH!