Saturday, August 28, 2010

KREATIVITI ANAK-ANAKKU

Anakku Fatimah Ulfah dengan rekaan baju sweater untuk pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Mahaad Hamidiah. Dia juga mereka button badge untuk kelasnya....
Fatimah Ulfah mengabadikan gambar kakak, Farah Nabihah melalui Adobe Photoshop.
Anakku, Amirah Madihah menduduki tempat kedua bagi pertandingan menghias kemeja T-salah satu pertandingan bagi Majlis Srikandi.
Fatimah Ulfah menduduki tempat pertama bagi kategori menghias kemeja T ( Gambar depan belakang)

Lukisan Fatimah Ulfah dalam pusingan kedua untuk pertandingan Creative Art Award yang membawa scolarship RM 35,000. Lukisan menunjukkan seorang pemuda membawa bersama botol oksigen dan kartun-kartun Toy Story 3 bergantungan di sekelilingnya.....menuju ke planet permainan. Seramai 1500 orang menyertai pertandingan ini. 500 peserta akhir terpilih. Gambar pemenang tersiar di majalah Gempak edisi Raya dan akhbar Sin Chu Jit Poh.
Anakku Mohd Nabil walaupun sibuk dengan persiapan SPM, masih sempat menyiapkan MURAL rekaannya dan kawan-kawan di sekolahnya.

10 comments:

Rozali said...

Salam Ramadhan Mama Ju

kreatif betul anak2 mama ju
cerah masa depan

ni misti mama ju panadai melukis juga kut

Wassalam

Ku Din said...

Salam Ramadan Mama Ju,

Anak2 mama memang kreatif, Moga ceria selalu. tahniah sekali lagi

Mohd Hafizi Bin Tajuddin said...

slm.tahniah dpt permata berharga. apa kata mama tulis cerita & anak2 lukis kartunnya. buat komik islam/adat melayu mcm dato' lat. mesti laku insya-allah. mula la dr skg=)

kak su said...

Salam Mamaju

Alhamdulillah...anak2 semuanya org seni nampaknya...

Tentu seronok mengikuti pengalaman
mereka.

Amin.

Wslm.

CM said...

salam

syukur n bertuah memiliki anak-anak yg kreatif dan berbakat besar,doa saya mereka cemerlang dunia akhirat,pasti mamanya kreatif jugak,kata org mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi..

afeezz said...

salam mama ju : kreatif anak2 mama ni dlm bidang seni.. tahniak kepada anak2 mama dan mama kepada budak2 tuh.. hehe

Ayah Zain said...

salam mama ju,

tahniah untuk anak anak mama. memnag hebat. Semoga sinarnya terus gemerlang.

rezeki said...

salam mama ju

alhamdulillah, bakat dan kreativiti kurniaan Allah

ainhany said...

salam mamaju

apa khabar??
eh2 berbakatnya bukan sebarangan rupa2nya generasi mama nie..tahniat teruskan melakar sejarah...muga bakat dan peluang yg ada tak disia2kan
selamat berposa dan
amain

lindaishak said...

asalamualaikum ju,tahniah buat anakda2 ju ,yg sangat kreatif,semua berbakat besar.
selamat berpuasa dan selamat hari raya.