Sunday, July 11, 2010

ULANGTAHUN PERKAHWINAN KAMI

Rupanya sudah masa ulang tahun perkahwinan kami. Tak sedar! Bangun pagi ada sms dari Farah...oh!

Bersyukur hingga ke tahap ini. Kami tak buat apa-apa majlis, sekadar menjamu selera di tempat berdekatan. Saya memilih fish dan chip, suami memilih nasi dan seafood baked....Rasa...Alhamdulillah...tapi fish n chip tu agak kurang meletop...! Restoran ini disewa dengan harga RM 12,000 sebulan.
Sarapan pagi kami ke restoran berhampiran,makan nasi dagang terengganu. Rasa boleh tahan...boleh datang lagi ke sini. Restoran ni disewa RM 2,000 sebulan. Kalau teringin makanan Terengganu boleh datang ke sini.
Terkenang kembali saat mula berjumpa....saya bertemu dengan suami ketika beliau mula mendaftar di tempat saya bertugas. Beliau baru menghabiskan MA nya dari Ohio Universiti. Cinta pertama, cinta monyet....oh tidak! Cinta kami......(..Syima,Hanis, Taj, Puteri Elaira, Atiqah, CL, CP, Afeez, Ainhany, Anuar Kamaruddin, Azie, Ck Ian, Zara, Hanisah Hassan .hehehe satu pejabat pun boleh....anakanda-anakanda !.....)

27 comments:

lindaishak said...

tahniah ju
selamat ulang tahun perkahwinan yg ke? semoga berkekalan,
binbinglah dirinya,terimalah kekurangan itu sebagai keunikan,
carilah kebaikan pada dirinya,dan bersyukurlah kerana dipertemukan denganya
tetaplah berdoa pada ALLAH.s.w.t.agar dia akan terus menjadi milikmu.amin.

lindaishak said...

sorry ju ada yg tersilap ejaan.*bimbing

sitinur said...

selamat terus berbahgia bersama hingga ke syurga. di berkati selalu. amin :)

rezeki said...

salam mama ju

alhamdulillah

selamat ulang tahun perkahwinan , insyallah kekal hingga ke akhir hayat

mama, cinta monyet hehehe
tak nak lah
kalau cinta babun nak hehehe

atuk said...

Assalamualaiku Mama Ju

Alhamdulillah
syukur
bahagia hingga ke saat ini
moga bersam didunia dan bersama di Syurga
amin

Wassalam

atuk said...

salam Mama Ju

kena cerita kpd mereka yg bujang lagi tu
indahnya kalau satu pejabat
he he

Wassalam

ainhany said...

salam mamaju

HAPY ANNiVESARY
indahnya rumahmu syurgamu..
semuga berkekalan selamanya

psst...camne boleh mama tau kos sewaan kedai2 tu.. pemiliknya mama ek?eisey..tabik laa maaa

afeezz said...

salam mama ju : nampaknyer kene berguru ngan mama lah nak hidup bahagia dan kekal selamanya. Mama bukan main promot restoren tu, tp tak habaq pon restoren tu aper nama dan kat maner? camner nak pi klu camtu

Marla said...

Salam...
Happy Wedding Anniversary...semoga murah rezeki, bahagia dan berkekalan dunia akhirat...insyaallah...Amiin

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam ju,

selamat ulangtahun perkahwinan, semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

khasyikelvin_ said...

ma,
doanya sehingga ke akhir hayat.
selamat ulang tahun ma.

p/s: ayat last mama ya? ha ha ha...~

AMZ said...

Salam Mama Ju.....

hepi wedding anniversary.....
yang ke braper erk????hehhehe..
lamer nyer x jumpa mama ju....

مسافر اسلام said...

salam mama ju....selamt ulng thn perkhwinan. Doa kami semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki. Bhg didunia dan akhirat, insyallah.

INUDIRIN said...

Salam mama Ju,

Tahniah kerana menyambut ulang tahun perkahwinan pada hari ini. Didoakan semoga mama ju dan suami berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Mudah2an rumah tangga yang dibina bahagia dan sentiasa tenaga diperbaharui.

Semoga menjadi teladan kepada anak-anak dan juga kepada kami.

Umi Azuddin said...

Salaam Mama Ju,

Selamat ulangtahun perkahwinan. Semoga Mama & suami terus berbahagia dalam limpahan sakinah, mawaddah dan rahmah daripada Nya. Amin.

VpeaceV

Lady 'Aiynz said...

salam aunti Ju,

Happy Anniversary!!!

azlina said...

salam mamaju...

selamat ulangtahun perkhawinan mama...semuga di panjangkan jodoh beroleh kebahagiaan bersama suami serta anak2 tercinta..dunia dan akhirat..

saling berkasih sayang.lengkap melengkapi antara satu sama lain di bawah keredhaan illahi..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

salam mama.

tahniah!

zara mungkin takkan berkahwin kot? nampak mama bahagia, zara pun tumpang gembira.

:)

ayat last tu, terima kasih Mama :)

sonata anak kancil said...

selamat ulangtahun perkahwinan...semoga terus bahagia dunia akhirat hingga ke akhir hayat

Azima said...

Salam sayang Mama,

Happy Wedding Anniversary..

Semoga terus berbahagia dan hidup diberkati dan dirahmati Allah sentiasa..juga dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus beribadat kepadaNya..

Mama,kena share tip2 kebahagiaan ni..

Wassalam

hanisah hassan said...

Semoga perkhawinannya keakhir hayat ya mama , terima kasih ma.....diiktiraf sebagai anakanda mama..hihihi...bahagianya saya.Alhamdulillah.

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

wah, so lomantik...hehe...

alhamdulilah, salam ulangtahun perkahwinan ma :D

rosli said...

salam Mamaju,

Tahniah dan selamat menyambut hari ulang tahun perkahwinan ke....

kak su said...

Salam mama ju...

Maaf terlambat Pc dah tukar ke lap top...

Tahniah diatas ulangtahun perkhawinan ya... Alhamdulillah semuga berkekalan sampai di dunia satu lagi...Amin.

Wslm

sinomosa said...

Salam Mama Ju,

Happy Anniversary
Smg terus kekal bahagia..Amin

Kak Sidah said...

salam mama ju,

selamat menyambut ulangtahun perkahwinan..semoga kekal bahagia hingga keakhir hayat..semalam tak sempat nak kunjung laa ju sibuk sangat..

taj said...

Salam mama ju,

selamat ulangtahun perkahwinan...alhamdulillah masih diberi kebahagian dgn kesihatan olehNYa...sori terlewat...
muaaahhhhhhhhh....bila nak jumpa ek...