Monday, July 5, 2010

ANDREA HIRATA

Saya  bukanlah gila novel....saya membaca ikut yang tergerak di hati..  Kadang-kadang novel tu novel  lama. Novel Andrea ini ada empat novel  yang  seolah-olah bersambung. Andrea bukanlah seorang ahli sastera, beliau seorang ahli ekonomi komunikasi. Buku beliau agak sulit untuk dibaca pada awalnya  tetapi diakhirnya kita akan rasa sesuatu yang indah.  Mengikut Andrea menulis dan membaca buku-buku seperti ini memerlukan keberanian! Ternyata Andrea sangat-sangat teliti dalam menghalusi sesuatu.....

Buku pertama bertajuk laskar pelangi, terjual di Indonesia berjuta! Saya mengenali buku ini melalui saranan seorang pensyarah sastera UKM di Bandung. Buku pertama ini berbahasa indonesia.  Saya akhirnya jatuh cinta dengan karya-karya Andre Hirata. Saya mengenalinya pada tahun 2009!  padahal Andrea sudah datang ke Pesta Buku Antarabangsa KL pada 2008!Selamat menikmati buku beliau. Di Msia diterbitkan oleh PTS.

3 comments:

kak su said...

Salam mama ju,

Terimakasih di atas paparan n3 ini...

Terharukan...bila menggenang jasa2 guru terutama yang dizaman susah dulukan...

Tanpa gaji yang lumayan mereka masih sanggup berkorban demi memertabatkan bangsa mereka di mata dunia.

Alhamdulillah. Insyaallah nak cari la buku nii...nanti.

Wslm

Ayah Zain said...

salam mamaju

membaca itu makanan rohani juga kan?

ina said...

Salam mamaju,

Tiap kali pergi bookstore pasti mata dok jeling2 kat laskar pelangi. Tapi belum jugak beli2. Belum berani beli sb kalau dh beli, saya mesti nk terus baca & kalau dh baca takut tak boleh berhenti. Sdgkan byk lagi buku dok bersusun kat rumah. Nie dh keluar kat n3 mamaju, w/end nnt harus saya beli.