Wednesday, June 16, 2010

ZIARAH PROFESSOR DR HJ MOHD KAMIL IBRAHIM

Hari Selasa 15/6/2010 saya ditakdirkan Allah berada di Segamat. Tentu ini peluang baik untuk saya berziarah menemui idola saya Tuan Professor Dr Hj.Mohd Kamil dan isterinya Puan Roza.
Janji dibuat. Maka saya bersama adik pun tibalah ke Taman Murni. Saya agak terkedu pertama kali berjumpa beliau. Beliau membuka pintu kereta untuk memberi laluan saya keluar. Agak terharu....

Orangnya sangat peramah dan sopan santun. Mula-mula kami meninjau-ninjau pokok-pokok yang beliau tanam. Nampak subur! Perbualan terus bersambung, bercerita tentang buku baru yang sedang ditulis...
Sungguh terharu bila beliau menuangkan air avokado yang disediakan oleh anak beliau Amirul kepada kami...
Kami bersalam-salaman dengan anak-anak beliau, sementara Roza sibuk pula menyediakan hidangan!


Terimakasih Professor dan Roza...Kami dihidangkan dengan Mee Bandung Special, rojak petis epal dan ais krim Malaysia berperasa asam boi. .

Macam-macam yang kami bualkan.....Akhirnya kami ke Perpustakaan mini beliau. Saya betul-betul tertarik dengan perpustakaan ini. Cantik rekaletaknya. Menjengah ke tingkap.penuh dengan tumbuhan ala-ala hutan...Nyaman betul!
Terimakasih Professor, Terimakasih Roza!

Menjelang petang kami pun berlalu. Beliau menutup pintu kereta kami....

Dari facebook professor: Muhd Kamil Ibrahim Petang tadi, saya menerima tetamu. Biasa di alam maya tetapi tidak biasa di Segamat. Sukanya hati kami dapat berkenalan dengan Mamaju. Beliau biasa memberi komen di blog Kehidupan Ringkas tapi Signifikan.

Beliau berkunjung bersama anak, adik dan adik ipar.

Kami raikan mereka dengan Jus Avocado, resepi Amirul. Avocado dik...isar lalu dicampur dengan fresh milk dan aiskrim vanilla. Wah... OK juga. Diikuti dengan Mee bandung dan Ais Krim Malaysia.



11 comments:

Ku Din said...

Salam Mama Ju,

Wah tentu seronok berada di sana.

manzlie said...

salam from Makkah


bestnyer dapat jumpa profesor Tn Haji Mohd Kamil...

mulia sungguh orang nyer tuh..


wsalm

rosli said...

Salam mama ju,

bestnya dapat ke rumah prof, dulu kami sama2 di itm dungun, tp tak kenal masa tu, baru2 ni jer dapat tau kami sama belajar masa di itm dungun tahun 1983, tp saya sempat satu semester saja di situ, lepas tu bertukar ke UM pulak.

mesti mama ju seronok sgt kan....sayapun baru saja beli buku Roza Travelog Cinta dan saya hadiahkan kepada isteri saya.

Kak Sidah said...

salam Ju,

macam mana ju buat appoinment nak jumpa beliau, akak kenal blog cl melalu blog prof juga, beruntung yer ju dapat jumpa beliau...

jari | jemari said...

mama, ira tak aci la kan. happy mama kan?

kak su said...

Salam mama ju

Wow!...Bertemu dengan idola ya...

Bestnya....kalau tau saya nak menyelit sama...

Dah balik Bangi beluk????

Wslm

Ayah Zain said...

salam mamaju,

bestnya dapat berjumpa dengan proff.

CekWa said...

pengalaman yang menyeronokkan tu dapat jumpa idola, tahniah!

ummu said...

salam MamJu
MasyaAllah bestnya mamaJu dapat bertemu empat mata dengan Prof.
Moga ukhuwah diberkatiNya

Madiehaa said...

yummmiee :DD

emma said...

Salam,,,Sewajktu saya di UiTM Segamat,selalu juga saya terpandangkan prof Kamil dan Kak Roza.Tp ble da habis study kat situ,jd rindu pula nak menatap wajah mereka.