Monday, June 7, 2010

SELAMAT HARI LAHIR ANAKANDAKU FARAH NABIHAH BT ADNAN

8hb Jun 2010
Selamat hari lahir untuk anakanda sulungku Farah Nabihah bte Adnan.
19 tahun!
Abah dan mama doakan moga anakanda maju dalam segala bidang.
Moga bahagia dunia akhirat.
Kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat anakanda.


farah dan nabil sewaktu kami di England.

Masa berlalu. Hari tu saya bersama ibu ke Pusat Rawatan Islam untuk buat pemeriksaan. Saya dinasihatkan supaya induce kerana dah lewat satu hari...Saya menu
rut.. Setelah dimasukkan sesuatu saya terus menunggu. ..Menunggu untuk sakit melahirkan satu hal pulak. Rasa tu tiada..Sewaktu saya bersembahyang tiba-tiba sakit tu datang...saya sedaya upaya habiskan sembahyang zuhur tu. Saya pun dimasukkan ke labour room...Semasa mengandung saya kerap melihat kelibat Dr Norashikin di media. Famous betul dia. Kata-katanya benar-benar mempesonakan saya. Saya memang study bab-bab mengandung dan melahirkan ini...Saya tahu beliau di Pusat Rawatan Islam...sebab tu saya mengunakan khidmat pusat ini..
Waktu bersalin saya inginkan beliau yang ada disisi.
Malangnya beliau tak bertugas....Namun agaknya dah rezeki saya beliau dapat dihubungi...
(Hi..hi..saya kena charge tambahan kalau tak silap RM 500 kerana memilih ...)

Waktu sakit taklah lama mana, suami ada di sisi. Teringat-ingat kalau saya rasa sakit sangat saya memegang-megang tangan suami dengan kuat...
Rasa berdebar juga kedengaran bisikan dari bilik sebelah anak yang dilahirkan ada masalah...

Terasa jam lambat sangat berjalan..tak berapa lama masuk waktu asar saya terasa sangat dah...
Tapi baby tak boleh juga keluar...doktor mencadangkan gunakan vacum ..
Kami menurut mana yang terbaik...

Tiba-tiba saya mendengar orang bertepuk tangan...rasa macam ramai...(staf dari bilik sebelah membantu) Alhamdulillah saya dah selamat melahirkan !
Terasa lega sekali, suami sempat melawak"macam orang tepuk tangan tenguk bola"Yalah taklah sakit sangat...

Proses selanjutnya berjalan dengan lancar. Saya berbual-bual dengan Dr Nor Asyikin. Waktu tu saya amat mengantuk sekali...tapi saya sempat melihat beliau melambai-lambai tangannya waktu nak keluar. Saya rasa macam tertidur di labour room tu...

Ibu menemui saya, beliau kata baby ada parut di muka!
Berdebarnya...saya diamkan saja...saya sangat mengantuk!

Pagi esuknya baru saya melihat baby saya....tak tahu kenapa saya sangat-sangat berdebar dan takut nak berjumpa ....

Parut tu dah tak ada!(Saya rasa bekas vakum tu.)

Sekarang Dr Nur Asyikin Mokhtar bergelar Datuk. Beliau memiliki Pusat Perubatan Prima Nora.




Farah Nabihah Adnan.Salam dari abah, mama dan adik-adik.

26 comments:

Azima said...

Salam sayang Mama..

Dah besar anak dara mama ni yer...

Buat adik Farah Nabihah..Selamat Ulangtahun ke 19..semoga panjang umur,murah rezeki dan berjaya dunia akhirat...

Cayang Mama...mmmmuah

jari | jemari said...

tak pernah dengar cerita ni live heheh. terima kasih mama. thnk you thnk you! muah!

kak su said...

Salam mama ju...

Tahniah dah ada anak dara rupanya...

Tahniah semuga Allah memberkati kia semua ya...

(akak dah beri phone no kat e-mail CL mama ju dapatkan dari dia ya...)

Wslm

CM said...

salam

cm pun minat dgn dr norashikin ,canteekk n berkarisma,,,tapi cm tak mampu arr nk pakai khidmatnya..dua2 anak cm disambut oleh dr muda ..lelaki pulak tu,yg abg disambut oleh Dr Hakimi yg adik pulak Dr Helmi..aduhaiii,tapi tak per depa keluar dr proses belah perutt..

hepi besaday farah,,,cm doakan farah terus diberkati dan meniti zaman remajanya dengan berjaya dan gembira insyallah..

sofia said...

farah =) hahaha

dah anak dara dah...kene tolong auntie masak ye farah!!hihi

NiysNajwa said...

Happy Birthday to Kak Farah!!! ;D

Ku Din said...

Salam Mama Ju,

Dari kejauhan saya mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun kelahiran buat Farah. Semoga Farah terus ceria dan berjaya selalu.

daripada

Cikgu Zainudin

Ayah Zain said...

Salam Mama Ju

hepo besdi to Farah. semoga menjadi anak yang solehah

Rozali said...

Assalamualaikum Mama Ju

selamat ulang tahun untuk Farah
semoga menjadi anak yg solehah

taniah mama kerana mendidik anak2 dgn cemerlang

Wassalam

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam mama ju,

selamata ulang tahun kelahiran buat farah..semoga berjaya di dunia & akhirat.

مسافر_اسلام said...

Salam mamaju,
Allhamdullah kurniaan Allah. Satu lagi kesyukran yang Allah berikan kesihatan dan kekuatan. Semoga hari yang paling bermakna ini beroleh keberkatan dan sentiasa di rahmati Allah selalu.
Salam

nabil said...

mama saya yang tabah....selamat hari jadi kakak!...belanje la kitorng kak...

kak su said...

Salam mama ju

e-mail saya suriyanirazali@yahoo.com

Boleh link kan dgn akak tak...

Tapi saya tak pandai sangat...
hee..hee...

Wslm

shami2 said...

Salam mamaju...

Salam ulang tahun buat adik farah..
Didoakan agar dirimu menjadi anak dan wanita yang soleh....berjaya didunia dan akhirat..

Saya juga melahirkan di pusat rawatan islam...lebih yakin..dan tenang dengan Dr dan nursenya yg semuanya beragama islam

ainhany said...

salam mamaju

terasa mcm dilahirkan semula jer bila baca n3 ni...semua watak terdulu masih ujud.Yang pastinya....Farah juga anak kelahiran Datok DR Nurashikin (yg menyambut)...cpatnya masa berlalu..Doktor dok mcm tu juga, anakanda Farah pulak yg semakin ayu meningkat dewasa...semuga mnjadi anak yg taat perintah allah, jgn tinggal solat dan hargai pengorbnan family.

""selamat hari lahir adik farah""

sitinurseberang said...

salam mama Ju,

selamat hari lahir Farah. 19tahun macam baru semalam kita melahirkan anak pertama kita, maseh segar dalam ingatan. terus maju jaya Farah :)

Cikgu Lin said...

Happy Birthday Farah....baca cerita mama Ju ni terasa pulak ngilu perut ni teringat pengalaman bersalin 4 kali.

mohdandmeriam said...

salam ju..tadi dah singgah tapi tak sempat nak berceloteh..ju sihat ke..kak yam tak berapa sihat..demam je..
happy birthday to farah ..dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan menjadi anak yg berjaya dunia akhirat..

jari | jemari said...

terima kasih kepada semua yang wish.
amin.

sofia: hey lain je bunyi tu?
nabil: poket isi angin je ni.harap maaf.

kak su said...

Salam mama ju

(tumpang lalu farah...)

mama ju Nurin Syiera Abdullah tuu sapa dia nak link dgn akak tapi akak tak ret,i takdak facebook...tanya anak dia org senyum jer....'maa...tu utk org muda jer'...

hik! akak pun tak paham laa...tapi itu mama ju ker???

maaf ya...tak balas Nurin...

Wslm

mama ju, said...

Assalammualaikum k su


he he.he..Orang tu bukan mamalah...mama ada hantar email balaslah...nanti mama call.

Buatlah facebook . Bagtau kat anak setua2 org ada kat fb tu...kami juga guna utk tambah silatulrahim. K.Su mama ni tua dah...lebih tua dari su...!
Jangan lupa fb,nanti boleh add CL kat fb! bye...

kak su said...

Salam mama ju...

Dah dapat no akak ker???

Kalau akak minta kat CL no Ju ada ke???

Kita kena approve baru leh link kan..hee..heeee.....


(ada sesapa leh buka class IT nii tak...bayaran no problem...janji tak terraba-raba dalam cahaya mentari yg terik nii...)


Wslm

mama ju, said...

Salam SU

tkasih.Mma tak fikir CL simpan...ni n0 mama...o12 3419536/03 89435160

nadz said...

Assallamualaikum mama ju,

Sampaikan salam dan ucapan 'happy birthday' dari mama nadz kepada anakanda Farah.
Semuga anakanda Farah sentiasa di rahmati Allah. Lewat seminggu ni..
mama nadz tak berblogging masa kat Aussie.

CekWa said...

Salam..belum terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat hari lahir untuk anakanda Farah Nabihah semuga menjadi insan yang berbahagia dunia akhirat..
Silalah ambil award dari blog saya ya..

CekWa said...

Salam..belum terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat hari lahir untuk anakanda Farah Nabihah semuga menjadi insan yang berbahagia dunia akhirat..
Silalah ambil award dari blog saya ya..