Tuesday, June 29, 2010

HENING......


Pada 27.6.2010 jam 10.00 malam saya menerima SMS dari Azie(Nur Azimah) mengatakan umienya di ICU Hospital  di Kelantan sedang tenat. Saya mendoakan kesejahteraan umienya ....58 minit kemudian, saya menerima SMS dari Azie lagi.....mengatakan Umienya telah tiada.....Hanya Al Fatihah yang dapat saya berikan disamping memintanya bertenang.Bapanya baru balik dari membawa jemaah ke Mekah dan Azie pun baru balik dari Indonesia.Syukur mereka sempat juga bertemu seketika.....Mudah2an roh umie bersama-sama orang-orang soleh. Amin

Adik saya Amin baru saja pulang bertugas dari Nigeria. Sempatlah singgah makan. Hari Sabtu dah bersama-sama geng motor mendaki Genting Highland.
Hari Sabtu juga saya sekeluarga ke SMK Kinrara, ada hari bacathon. Hari bacathon tapi anak saya sibuk jadi Hantu di rumah Hantu yang ramai sangat peminat! Kabarnya dapat ribu-ribu!
Jumaat malam buat janji dengan Azrin, kami kenal dari blog Hj Azli.  Tapi dah kenal mesra... Azrin ni PTD dekat Kementerian  Kewangan. .Saya pelawa juga Catz .Malangnya Catz tak sempat datang. Tenguk jelah apa yang kami makan!( Saya dan Farah memang mengikuti blog catz, menarik, tulisan-tulisannya buat saya ketawa besar...)Ucapan terimakasih  tak terhingga kat Azrin kerana sambil makan-makan....Azrin menandatangani sijil-sijil Farah! Farah mendapat tempat di IPG/TESL juga di UITM/English Profesional. Mana nak pilih....Alhamdulillah dah pilih pun...
Isnin 28.6.2010 selepas menghantar Farah ke IPG kami menjenguk Dr Anisa di Universiti Malaya. Beliau sedang bercuti menunggu kelahiran yang dijangka 6 minggu lagi. Beliau mengandung kembar dan baru dapat tahu satu dari kandungannya dah tiada....Dr Anisa adalah Pakar Kanak-Kanak.
Ini ayah mertua Dr Anisa(bapa adik ipar. Beliau tinggal sementara di sini. Beliau ditemani  isteri dan cucu-cucu.Salah seorang cucu beliau Fahmi Jamiluddin(anak saudara) Saya memanggilnya Wak Said...sempat juga kami berbual...dia banyak memerhati..nampak relax..saya tanya sakit apa?Beliau kat sakit lutut!(Bila tanya Anisa...baru saya tahu Wak Said pengidap Kanser Prostat) Mudah2an beliau  pulih seperti sedia kala. Amin.

13 comments:

Ayah Zain said...

salam mama ju

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh emah azie. Semoga rohnya ditempatkan bersama roh yang soleh.

kak su said...

Salam mama ju...

Takziah buat Azie (My Life tuu ker??)

Al-Fathihah buat bondanya...

Tahniah pula pada Farah, semuga berjaya dalam bidang yg diceburi.

Mama ju pula bagaimana? Moga sihat selalu ya...

Wslm

Cikgu Lin said...

tahniah kepada Farah...semoga success. Kenapa kita tak terjumpa masa kat SEMESTI....tak ada rezeki nak jumpa.

rezeki said...

salam

takziah buat azie, semoga tabah

AL FATIHAH

catz said...

salam,
mamaju, saya minta maaf tak dapat join hari tu..tk sempat.
ruginya saya kalau tak boleh kenal2 dan jumpa azrin untuk kali ke 2.
takpe..nanti bila-bila kita jumpa..makan di Bangi ke kan..sini banyak sgt tempat makan,. Alamanda pun oke..banyak gak choice untuk duduk-duduk makan.
no telefon pun dah ada, kita pun tak jauh. pasti akan berjumpa nanti.
btw, thanks for the invitation.
:)

Ri... said...

manusia datang dan pergi... Al-Fatihah...

ainhany said...

salam mamaju,


n3 yang ada pelbagai rasa...

-salam taziah buat azie dan family: muga dicucuri rahmat atas roh bonda

-tahniah buat anakanda Farah- satu langkah utk menempa kejayaan lagi...muiga jadi anak yg mmbahagiakan fmily

- salam ukhuwah dan jaga diri ye..semuga mama terus menceriakan medan maya ni...

Ummi Humaira said...

salam kak Ju...

salam takziah kpd Azie n family...
innalillahi wa inna ilaihi rooji'un .. semoga arwah ditempatkan bersama para mukminah ...

azlina said...

salam mama...

semuga roh aruah di cucuri rahmat dan d tmptkan di kalangan org2 yg beriman..

Taniah bt farah..ke uitm..selamat menjadi warga u..

btw mama..he..he.. mananya usahawan mama meniaga kecik2 je...seadanya..alhamdulillah...

Azima said...

Salam sayang Mama,

Al-Fatihah & takziah buat Azie...Semoga roh arwah bondanya dicucuri rahmat..

Juga tahniah buat adik Farah..semoga terus success...

Wassalam

DARUL NAIM TRAVEL AND TOUR'S SDN.BHD said...

salam

mama sayang

terima kasih mama.. dan terima kasih juga buat semua

Anonymous said...

[url=http://hairtyson.com]online Phen375[/url] are tablets that help abridge league weight. One of these tabs has to be infatuated with fizzy water be illogical, round 20 minutes ahead of a collation, twice a day.

Anonymous said...

[url=http://garciniacambogiaselectz.weebly.com]
garcinia cambogia extract[/url] is the rout fat fervid wrest nearby in superstore these days a days. Yield upto 10 kg in 1 month. garcinia cambogia select