Thursday, May 20, 2010

VERSUS

 Ini adalah novel terbaru Hlovate. Dah lama saya nantikan novel ini. Saya tujukan novel ini buat anak saya Nabil yang tersangat minat dengan permainan Skateboard. Watak-watak utama dalam novel ini adalah pemain skateboard!Novel ini  untuk remaja...tapi cuba kita-kita yang dewasa ni baca..sangat menarik!

Hlovate membawa watak-watak mengubah haluan hidup dengan pusingan 180. Bacalah jika anda ingin berubah menjadi lebih baik.

Ceritanya sungguh tak sangka berunsur dakwah...buat saya terfikir-fikir dan menginsafi diri. Saya juga nak jadi baik...
Sedikit sedutan cerita..
Macan mana nak jadi baik?
Sesiapa yang beriman dengan Allah tu baik. Macam mana?Buat semua yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang dilarang....selagi ada benda yang tak settle tu namanya belum cukup baik.
Kalau seorang perempuan tu pakai tudung tapi tak solat,itu belum cukup baik lagi..sama juga kalau cukup solat tapi tak pakai tudung,tak cukup baik juga...
Sama juga kalau untuk contoh lelaki. Kalau baca quran hari-hari tapi main bola nampak kepala lutut,tak cukup baik lagi. Atau kalau cukup solat lima waktu tapi pegang tangan anak dara orang yang bukan muhrim sesuka hati,tu belum cukup baik lagi...
Allah berfirman yang tafsirannya Tak bolehlah nak praktis islam tu secara berjuzuk2. Mana yang kita nak buat, kita buat. Mana yang kita tak nak buat kita redah je. Tak jadi macam tu. Selagi tak embrace islam tu penuh, tak cukup baik la kiranya...

Usaha jadi baik
Solat, hidup bersyariat, aurat dan ikhtilat.
Sungguh untuk berubah tu bukan mudah...

Novel ni novel percintaan jugak...antara pemain-pemain skate..tapi diwarnakan dengan dakwah yang cantik!
Anak-anak bacalah dan hayatilah kata-kata yang tersirat dan tersurat...

(Gambar kat bawah tu, anak saya Nabil sedang posing dalam satu pertandingan skateboard di Sunway Piramid Ahad lepas. Menang ke?)

3 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Mama Ju

penghayatan yg baik untuk anak2 kita

Wassalam

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam mama ju,

terpegun akak tgk aksi Nabil tu...wow!!

Ayah Zain said...

salam mamaju

wow hebatnya anak mamaju. Mesti memang tuh