Friday, April 9, 2010

DIA DATANG....

Fikir punya fikir kami buat keputusan nak robohkan saja wakaf ini. Tapi SI DIA ni bijak, dia hanya buang atap dan lantai, kemudian pindahkan wakaf ni. Hebatnya si dia mengangkat wakaf ni dengan hanya empat orang!

Si dia terus datang...Oh dirumah kami sudah ada rumah kongsi?(wakaf tu rupanya berguna!)

Kami melihat si dia bekerja. Sangat rajin! Si dia pulak ramai lima enam orang. Menjelang petang mereka pulang. Mereka bergaya sakan bila saya ambil gambar!

Antara pokok-pokok yang tinggal.

Pokok ini telah terkorban....

Juga antara yang ada.

Kami melihat kerajinan mereka. Mudah-mudahan dengan adanya 'rumah kongsi' mereka boleh guna untuk memasak, berehat dan bersembahyang...
Kami melihat penjual makanan bermotor datang...Kami ingat hanya menjual setakat roti sahaja. Rupanya macam-macam ada!
Kami juga melihat seorang perempuan datang ke rumah kongsi!
Bila ditanya ..."Itu kawan...."rupanya perempuan ni memang menyelinap ke mana-mana rumah kongsi memujuk si dia membeli nombor ekor!

Kami harap mereka tak termakan dengan pujukan wanita itu.
Kami harus lebih berdakwah....


7 comments:

My Life said...

salam

dear mama ju
cantik umah mama..

atuk said...

Assalamualaikum Mama ju

tambah rumah lagi
Alhamdullah

Wassalam

Anonymous said...

salam mamaju..bertambah besarlah rumah yg dah besar tu..larat ke mengemasnya..cantik rumah ju..

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam ju,

time renovation nih...aduhai..penat ler nak ngemas lepas ni. bila dah kemas, dah hias..barulah ceria kan ju..

pak long said...

salam...
amboi..pebesaq umah...makin lawa la umah tu..

ummu said...

salam mama
semoga usaha dakwah mama sekeluarga diberkatiNya selalu. amin

ainhany said...

salam mama

amboi2...kalau gaya mcmni..hai istana laa gamaknya..bestnya. Esok2 mama buat kenduri jagn lupa jemput ceq sekali noooo..