Thursday, April 15, 2010

SURAT BUAT ANAKANDA SAFWAN HUSAINI

Surat ini mama tujukan khas untuk Wan. Wan pandai sangat bermadah, berpuisi, menulis cerpen dan novel! Mama rasa gambar Wan kat atas tu Wan paling suka...ada orang kata macam pelakon indonesia! Ada yang kata macam model, cuba Wan komen?

Wan baru 19 tahun tapi macam-macam Wan dah buat. Wan budak cemerlang kalau tak masakan dapat masuk ke Queen Mary City Of London dalam jurusan perubatan. Wan pun nak jadi doktor macam ibu dan ayah Wan. Macammana Wan boleh terjebak dalam dunia persuratan?Hampir setiap entry mesti ada puisi....Berbagai tema diutarakan. Di mana saja Wan boleh menulis, waktu cabut gigi pun Wan dapat ilham buat puisi' Selamat Tinggal Sang Gigi' . Waktu sesi kaunselling pun Wan buat ' Buat Wanita itu'.Puisi-puisi Wan indah-indah belaka.Ada juga puisi Wan yang buat mama menangis......

Wan adalah Tatkala Rasa Si Insomia Bisu bertemu Butir Sang Pena. Wah!Mama meneliti tulisan Wan dari awal lagi. Mama baca bait-bait pertama tatkala Wan mula-mula menulis blog. Kalau Wan marah-marah Wan ingat balik tulisan Wan'Relung kata buat Raqib dan Atiq' pada 11 November 2009!Tengok tu dah lima cerpen Wan tulis dalam masa yang singkat dari 18.2.2010 hingga 10.3.2010! Itu belum masuk lagi percubaan Wan buat novel on line bertajuk 'Malaikat dari Seberang'Sesungguhnya memang mama akui Wan amat berbakat.
---------------------------

Wan memang tabah, walaupun masih lemah Wan masih ada idea untuk menulis. Tulisan-tulisannya amat jujur sekali. Semua diluahkan. Bila membaca mama rasa Wan ada dekat mama.
Malam ini mama menghantar email kapada TuanHj Azli Abd Aziz yang tinggal di Mekah meminta beliau berdoa di Multazam( mendoakan kesejahteraan Wan)

Terus dengan kehidupan Wan..
Jangan pernah mengaku kalah...
Jangan pernah menghitung hari..
Jangan mengalah selagi bernafas..
biar penamatnya ada dihelaan nafas yang terakhir.

Akhirnya 'SELAMAT HARI LAHIR 'pada 27 hb. April, 2010.

SEJAHTERA SAFWAN HUSAINI.

Terimakasih kepada Dr.Jhaznarul yang memperkenalkan Wan kepada mama. Wan boleh ditemui di 'Teratak Husaini" http://safwanhusaini.blogspot.com/

23 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Mama ju

mama boleh tunjukan alamat blog wan tu

Wassalam

manzlie said...

salam from Makkah..


genius jugak adik wan nih...


waslam

JHaZKiTaRo said...

safwan husaini mmg hebat.. bangga dpt kenal dia.. :)

Wawan Saini said...

Salam.
Thanks mama..
wan cuma biasa2 saje.
hidup dlam rasa..
muntah dalam kata.
terharu sgt..:(

cik ian@aH Lian~ said...

kita tetap akan
sokong dia,
kan mama?

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

terharu membaca... dgr tu wan, ramai yang sayang pada kamu...

sonata anak kancil said...

salam...ohhh sungguh hebat penulis muda ini.....ingin mengenalinya....

Ayah Zain said...

Salam Mama Ju

nanti az jejaknya

Ummi Humaira said...

salam kak Ju..

hebat orangnya.

mama ju, said...

Assalammualaikum

Dato' Razali
Mama dah letak dah, bacalah tulisannya menarik!

Tuan Hj Manzlie
Terimakasih datang berkunjung,mama harap tuan dah baca email tu....tkasih banyak2.

Anakanda Dr Jhaznarul
Mama sangat2 berterimakasih pada anakanda kerana menemukan mama dengan insan ini.
Tak sabar nak tunggu Dr balik dari Dublin!

Anakanda Wawan Saini
Mama harap wawan baikk-baik saja.Maaflah kalau ada salah silap dengan tulisan mama tu.Takut juga wawan marah...
ok safwan Husaini, jaga diri.

Anakanda Cik Ian
Salam kenal(lama dah nampak CI kat FB tu...)Kita memang sentiasa dibelakang Wawan!

Anakanda Anuar Kamaruddin
Tkasih.Mama dah add balik kat FB tu.Teruskan menulis yang terbaik buat semua. Moga berjaya jadi penulis novel hebat!Mula2 mama nampak novel Anuar tu mama terus beli tanpa tahu sapa penulisnya. macam ada daya penarik.Ternyata tak menghampakan!

Cikgu Sonata
Tkasih. Bacalah tulisan2 wawan. Baca luahan rasanya...
Cikgu memamg hebat!

Ayah Zain.
Kawan-kawan merasa kehilangan seketika AZ.Hebatkan penangan AZ sampai orang tercari2...tapi mama lupa pulak nak telefon!

Ummi.
Terimakasih ummi.
Bila lagi kita nak jumpa lagi eek?

My Life said...

SALAM
DEAR MAMA..
WAWAN... WAWAN..

-saya- said...

safwan husaini..
SATU dalam dunia..

shami2 said...

Salam mama ju...

Terharu baca tulisan mama, penuh keibuan...berusaha hingga kehujung nyawa..jgan sesekali berputus asa...

tangan ygan mengoncang buaian mampu juga mengoncang dunia...masya allah..

Psssst mama nak khabar pasal kambing kat sini bleh kut nohh:

Abang kata;

Kambing yang besar RM 1000 ( 60 orang makan)
Kambing yang kecil RM 850 ( 40 orang makan)

Siap semua ngan set menu yg lain

Air
Coslow
Kentang goreng/ putar
Nasi goreng cina
Buah-buahan

Pesan abang, kalau tetamu mama lebih 100 orang kita akan tambah ktt daging kambing yg siap potong. Harga perhead RM 12.00/set.
Siap hantar dan bagi perkhidmatan membakar, dan melayan tetamu

SiNoMoSa said...

Salam Mama,

Sayu rasanya..
Smg adik Wan tabah dan berserah diri kepadaNya..

Atikah said...

Salam Mama,
terima kasih kenalkan adik wan... saya suka penulisan dia...

CM said...

salam mama


cm ingin mengenalinya...jiwa yg halus,pasti memuntahkn kata yg halus..

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam ju,

pandai anakanda wan menulis...begitu puitis..suka baca karya2 dia.

azlina said...

salam mama....
terima kasih kerana memperkenalkan wan.seorang nak muda yg bergituu tabah dan berpuitis..semuga wan tabah enempun hari-hari endatang dan di permudahkan allah atas segala urusan dan diberkati serta sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang allah selalu hendaknya..

KAMATO said...

mamaju, sukur punya anak sebegitu

Rokiah said...

Salam Ziarah Mama Ju,
Ni first time saya singgah sini.. Kita selalu jumpa kat PDKM he3.
Saya dah baca N3 tentang Safwan Husaini, muda lagi dh hebatkn!

Dari situ saya tahu Mama Ju suka membaca dan ngaja d Sek Men. Ada satu blog yg pda saya sangat hebat dan Mama Ju boleh promot pd budak Sek Men. Blog tu nama Langit Ilahi penulis dia nama Hilal Asyraf. Dia dah tulis 5 Novel Islamik mcm Faisal Tehrani tu, 2 buku motivasi dan beratus cerpen. Hilal ni baru 20 thn budak u kat Jordan... blognya sangat mendidik jiwa hu3 saya jamin.

MissNera said...

tersenyum baca entry ini..
sesungguhnya manusia husaini itu adalah insomia yang bisu juga si pemilik nama safwan husaini yang hebat bicara penanya..

p/s: wan, gembira mengenalimu dan bersama mencoret kata di aksara. sayang kamu!

LORD ZARA 札拉 said...

wajah kesayangan semua orang~

Safwan Husaini~

=)

FakhrulZakry said...

well, he/she 's good, but dia penipu. but he does got the talent.