Monday, March 29, 2010

SURAT UNTUK ANAKANDA FAISAL TEHRANI

Ke hadapan anakanda Faisal Tehrani. Maaflah mama tak pandai menulis macam anakanda. Tengoklah nak baca puisi anakanda pun merangkak-rangkak....Pun begitu mama minat dengan tulisan anakanda.

Ambil masa juga nak faham puisi anakanda. Tu 'Mengintai di celah Jendela' sukar ditafsir...Dalam 'Cahaya' wajah 'abah' memang ada anakanda di matanya. Mama terpana juga bila seorang Yahudi memberitahu"Saya seorang Yahudi dan tidak mengetik sebarang alat pada hari Sabtu tetapi kerana awak, saya telah sanggup berdosa....Wah anakanda dah menang kat sini.

Anakanda memang hebat dalam 'Ingin jadi Nasrallah'. Mama amat terkejut editor buku ni Puan Azizah Supardi! Dulu kami sama-sama bekerja di Penerbitan Delta dan menyewa sebilik bersama! Mama harap lepas ni mama dapat jumpa dengan beliau pulak!

Novel 'Bahlut' juga menarik..kisah masyarakat orang asli yang penuh onak dan duri. Ada unsur suspen. Seperti kata anakanda, Bahlut adalah simbol manusia yang melawan. Tapi tak puas dengan akhir cerita...ingin tahu apahal seterusnya Bahlut dan cikgu Zaiful...

Dalam banyak novel, Novel 1515 dan 1511H paling berkesan dihati mama. Memang hebat sekali!Novel tu macam mendahului zaman. Novel 1511H ada kisah teknologi di masjidharam tu ...masjid yang bertingkat-tingkat, ada moneral dan berbagai kemudahan dan berbagai kisah yang benar macam di alam nyata!

Mudah-mudahan anakanda berjaya menyiapkan disertasi kedoktoran anakanda.

Wassalam.

Daripada,
MAMA JU


7 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum mama ju

peminat setia Faisal Tehrani ye

tentu mama ju ulat buku
Alhamdulillah

Wassalam

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam ju,

tentu banyak koleksi buku kat rumah ju!

Faisal Tehrani said...

Salam,
Puan Azizah bertugas di bahagian bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka.
Terima kasih kerana membaca.
Wassalam.

azizah said...

Salam.

Saya terkejut membaca entri ini. Saya harap mama ju dapat hubungi saya di no telefon ini - 21482692.

Wassalam.

مسافر_اسلام said...

Salam mama ju,
wah jumpa faisal tehrani ya...MI ada membaca tulisan beliau, tak pernah jumpe pun...

Best kan dapat g pesta buku..mcm2 dapat..MI tak pernah g pun, teringin gak...tp nak wat cam ne..kena keje..

Tak pe..mama punya blog pun dah cukup.TK


Nanti post N3 lain ye..Salam

Atikah said...

Salam Mama,
Beruntungnya mama dapt juma Faizal... saya tak pernah jumpa dia pun lagi...

Wan Rusyaini Wan Mohd said...

Salam Mamaju,

Mama dah ada koleksi Faisal tehrani ye, Dia tu satu u dengan wan. Kalau kat u, pandangan dia lain sikit dr yang lain. Selalu je kena hentam. Kadang-kadang dia a bit extreme. Tapi wan pun suka baca tulisan dia. bagus untuk mencambahkan minda.