Friday, March 19, 2010

PESTA BUKU ANTARABANGSA 19 -28 hb Mac 2010

Pesta buku yang dinanti-nantikan pun tiba...Tiap tahun di PWTC. Orang yang datang macam semut....tersangatlah ramai! Beratus gerai ...berjam-jam juga nak tinjau-tinjau...Gambar kat atas tu di booth G03 PELIMA MEDIA bersebelahan dengan Karangkraf. Kat booth ni akan ada buku baru yang akan dilancarkan.(esok atau lusa?)
Gambar tu dari buku Sdr Mohd Jhaznazrul bin Juharul.Buat masa ni beliau berada di Dublin, Ireland. Nama glamour beliau Jhaz Kitaro! Saya dikabarkan buku setebal 300 lebih mukasurat, berharga RM 40 keatas...tentu menarik bukan! Sesiapa yang membeli buku tu bolehlah posing kat gambar tu..cantikkan.Maaflah anakanda Jhaz kitaorang dah posing dulu...nanti kami datang lain kali khusus untuk beli buku tu. Blog beliau'AKU SEBUTIR PASIR'



Fatimah ulfah dan Amirah Madihah bertemu kawan-kawan sekolah rendah. Saya pulak kalau masa pesta buku ni mesti jumpa Puan Ainon Muhmad, bos PTS. Beliau macam biasa sangat mesra! Saya juga terjumpa blogger femes, ina KL...saya selalu mengikuti blognya, banyak yang menarik khasnya ruangan memasak!

Lain-lain jumpa penulis-penulis novel Norzailina Nordin, Anis Ayuni, Sri Diah, Norhayati Ibrahim dll
!
Pusat Sejarah memang saya mesti singgah saban tahun....saya suka sejarah! Di Gerai Balai Seni Lukis saya dapat banyak info aktiviti seni...sepupu saya Hamir Shoib dari kumpulan Matahati kerap juga buat pameran di sini...Sekarang ni sedang berlangsung pameran underwater world..gambar-gambar dalam air.Salah seorang yang mengambil bahagian ialah Nazir Amin(blog beliau ada kat kawan maya saya.)

Macam-macam ada. Itu quran tangan terbesar buatan tangan dari RESTU. Saya juga membelek-belek buku baru Faisal Tehrani..BAHLUT dan INGIN JADI NASRULLAH.
Ramainya yang dah landing...penat!

Dari Kementerian Penerangan banyak cenderahati yang kami terima..Kipas tu ada RUKUNEGARA.Jam 12.30 gambar PM dan Yang DiPertuan Agung telah habis dibahagi dalam 1000 helai..Kira banyak yang menarik....anak-anak minat GEMPAKSTARSebelah gerai-gerai buku ni Butik Ariani, jadi jom kita jelajah sekali...
Nak beli tudung?..tudungnya nipis dan jarang..(kalau nak pakai lapislah belah dalam).tapi berhias cantik ...harga boleh dirunding...RM 100, RM 259, RM 500 dan RM 850...bebaloi?

Esok dikatakan TPM akan merasmikan Pesta Buku ni.
Ada masa insyallah saya sambung lagi.

11 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Mamaju

Waaa hebat Mamaju, ulat buku
saya tak terikut

Alhamdulillah anak2 minat dgn buku
kuah tumpah kenasi

Wassalam

manzlie said...

salam from makkah..

alhamdulilah...
banyak membaca tambah pengetahuan dan ilmu..insyalah


wslam

kak ina kl said...

salam mamaju...

tak sangka kan dapat jumpa kat situ...lain kali bolehlah berbual panjang jika ina ke sana nanti..seronok jumpa rakan blogger.

tak puas jugak gi semalam..penatkan..tapi best..

rezeki said...

salam mama ju

saya ingat pesta buku ni last week, tapi dgr cite krn berebut tmpt yg sama dgnb MATTA fair, tu yag dia buat minggu ni

tak berpeluang isteri ku nak pegi

mohdandmeriam said...

salam mamaju.seronoknya orang kl boleh pergi pesta buku. saja nak bagitahu,pn ainon mohammad tu classmate mak cik...memang dia tu mudah mesra...buku jhaz dah ada ya...

JHaZKiTaRo said...

mama ju.. thanx sbb letak gambar2 tu.. heheh.. terkilan pulak sbb tak dpt nak bermesra dgn pembeli buku travelog turki tu nanti..

KAMATO said...

salam, semalam kami nak singgah tak sempat...kena pergi lain kali

roha said...

Salam Mamaju.
Ceria bebenor yea. Saya tumpang fembira melihat gambar-gambar yang ceria di blog Mamaju ini. Sekadar melihat nak gi tempat yang Mamaju tuju tu jauh la pulak. Alhamdulilah....dapat juga melihat di blog Mamaju ini. Semoga Mamaju n family diberkati Allah swt.
Wassalam.

Atikah said...

Salam mama,

Saya baru balik dr pesta buku... penat meronda... terlampau ramai org...

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam ju,

bestnyer dapat pergi ke 'khazanah ilmu' begini. bagus sangat..ianya menambahkan ilmu kita.

Cikgu Lin said...

Salam mama ju...bestnya dapat pergi...saya tak ada geng nak pergi lagi pun anak-anak dah sibuk nak balik asrama. Pn. Ainon mak anjang saya....suaminya prof abdullah hassan tu bapa saudara saya....