Wednesday, March 31, 2010

JHAZ DAN TRAVELOG TURKI

Buku ini Travelog Turki Bumi Khalifah. Dua hari juga mama membacanya...konon mama membaca dengan hati. Maklum dalam travelong ni penuh dengan catatan sejarah.
Bukan sedikit usaha yang dibuat oleh pengarang untuk mencari nilaitambah buat travelog ini.
Mama memang sangat-sangat menghargainya.

Buku ini dimulakan dengan'Bismilah' dalam Khat. Pengembaraan ini tambah menarik dengan gambar-gambar berwarna. Ada 84 mukasurat bergambar cantik!

Di awal buku pembaca dibawa ke zaman lampau dengan sejarah Istanbul dan Empayar Uthamniyyah serta biodata pemerintah-pemerintahnya. Uthmaniyyah berdiri pada 29.5.1453 setelah Sultan Muhamad Al Fatih berjaya menawan Contantinople. Hebatnya Sultan ni baru berusia 21 tahun! Pembaca juga dapat berkenalan dengan Presiden Mustafa Kamal, orang yang bertanggungjawab menjatuhkan Empayar Uthamniyah dan mengistiharkan Turki sebagai Republik pada 29.3.1923.



Ini wajah Pengarang.

Kembara 13 hari tu turut disertai oleh teman baik Mohd Jhaznarul bin Juharul Zaman iaitu Dr Mohd Johanes bin Chujenor. Nama mereka unikkan?



Antara tempat yang dikunjungi ialah Istanbul, Ankara, Konya, Ephesus, Troy, Bursa dan Edirne.


Sekecil mana pun tempat yang dilawati pasti sejarahnya akan turut dipaparkan. Jarang mama dapati buku travelog mengaitkan sama dengan sejarah.

Mereka berdua benar-benar pengembara. Berpuluh-puluh tempat dikunjungi. banyak masjid, makam, muzium dikunjungi. Runtuhan kota-kota lama juga dijejaki. Malah tempat penyimpanan air seperti Basilica Cisten juga dilawati. Mereka menekuni sungguh tempat-tempat itu..

Mama berkesempatan juga ke Turki, tapi bukanlah sebagai pengembara. Orang-orang Malaysia biasanya akan ke Masjid Biru, Hagia Sopia, Grand Bazzar dan TopKapi . Ikut je apa ajen pelancungan kata.....

Gambar-gambar ni mama ambil dari'Aku seputir pasir'.
Maafkan mama kalau ada tersalah fakta.
Insyaallah nanti kita jumpa. boleh mama jemput ke rumah, mama boleh hidangkan telur masin seperti kata jhaz ketika balik dari Runtuhan Kota Ephesus tu!

Wassalam.

10 comments:

Atikah said...

salam mama,

menarik nmpk buku nie.. nk p cr kt pnm ler...

Atikah said...

Salam mama,

lupa nak bgtahu... saya ad bagi award kat mama... mama ambil ler kat sini nanti..

http://atikahnr.blogspot.com/2010/03/award-tag-dari-qaseh-mashitah.html

Lin said...

Hari itu tak habis menjelajah jadi tak jumpa buku Jhaz...ingat nak beli juga...nanti saya cari kat kedai buku kut.

pak long said...

salam buat mama...
sungga kat blog mama..moga mama terus berbahagia

sonata anak kancil said...

sungguh beruntung hasil pengembaraan dapat menghasilkan buku!

JHaZKiTaRo said...

huhuhu.. mama ju.. thanx so much for your effort to write this entry.. terharu sangat2.. errmm.. travelog laa mama.. bukan travellong.. hahah.. :)

mama ju said...

TErimakasih kepada semua

Anakanda Atiqah, cikgu Lin, cikgu Pak Long dan cikgu Sonata. Kita semua gengkan!Lepas baca buku ni sambung dengan buku 'secangkir teh pengubat letih' buku mengenai pengalaman di Turki, sangat menarik!(kalau minatlah)

Anakanda Jhaz

Berjaya juga mama tulis Entry ni...maaflah salahsilap...kenapa mama tak perasaan benda tu, dah tengok berkali-kali...tulah agaknya tanda-tanda dah tua...!

Kepada semua TERIMAKASIH..

Wawan Saini said...

salam singgah ke sini
mungkin ini kali pertama menepak jejak..
maaf juga kerana lambat berkunjung..
banyak tugasan dan tuntunan emosi yang perlu dilempiaskan..
tatkala bumi makin galak mengibar panji kewarasan..

Bannga juga dengan teman maya, Doc jhaz ini..
sudah bisa menghasilkan buku sendiri, secara tak langsung ini beri semangat buat penulis2 picis macam saya..

terima kasih juga buat mama jue, kerana mengetengahkan karya sahabat ini..
memang sangat hebat garap tulisnya..
disertakan dengan foto sebagai bukti..indah dan pasti yang mendalami bisa menghayatai..

teruskan menulis mama..berkongsi muntah rasa dengan yang membaca..
kerana perkongsian dalam rupa pena adakalanya indah dari yang lain..
salam ukhuwah dari saya..

mama ju said...

Salam anakanda Wawan Saini,

Sukanya mama pengarang muda ni datang ke sini!Terimakasih!

Terus menulis, mama ikut perkembangan anakanda.Agak jarangkan penulis belasan tahun bijak mencerna kehidupan untuk dijadikan hidangan!

wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

SALAM MAMA JU,

Seronok citer pengembaraan.

Dulu ada satu slot di RTM tentang pengembaraan ni.3 jam terus menerus.Di kelolakan oleh E.Yusof.Waktu siaran 12 tengahmalam hingga 3 pagi.Cukup menarik.Tapi sekarang dah tak ada.

Sayang 1000 sayang.

Doakan sihat seisi keluarga.
Wassalam.