Friday, February 19, 2010

SEPANJANG JALAN DI LRT

LRT Bukit Jalil. Siapa pulak yang letak beg tu...tuan entah kat mana!
Rasa boring di rumah...lari ke KL untuk window shopping! Tapi selalunya bukan window shopping...shopping sakan!

Kami memang naik LRT nak ke sana... Saya memerhati seorang ibu muda membawa 5 anak kecil ke Bandaraya. Sabarnya dia...Saya juga melihat tiga jejaka dari arah berbeza memakai selipar Jepun untuk bersantai. Alahai baju lawa.....Saya juga memerhati seorang pemuda Afrika berpakaian ala artis , kemas dan ada stail satu badan sedang bertelefon sepanjang jalanan. Kenapa ramai sangat jejaka Afrika di sini?
Kami menemui seorang Cik Puan di sini. Orangnya agak berumur mungkin 65 tahun, berkanta lekap coklat, bertumit tinggi, berbaju kurung, nampak relax sedang membalik-balikkan akhbar. Melihat perwatakannya saya teringin menyapanya...Fatimah memberi laluan kepadanya supaya dia duduk, tapi dia tak mahu, katanya dia nak turun dekat saja. "Kalau macam tu saya nak berdiri sama makciklah, mc nak ke mana?"
Dia dari SOGO dan nak ke KLCC pulak,"Mc sorang je ke?"
"Dah kita sorang nak mengharapkan siapa...." Dia menanti jawapan dari Fatimah.
Mc memang biasa macam ni, mc dah biasa, dulu kat London, Swetzerland pun macam ni...
"Rajinnya..berapa lama kat sana?"
"Tujuh lapan tahun"
Bualan tu hanya beberapa minit .Rancak pulak budak Tingkatan 3 ni berbual.
Ketika tiba di Hentian Masjid Jamek..dia berpaling ke arah Fatimah" Adik, cepat duduk ,
orangramai!"
Seronok mendengar mereka berbual...sayang tak panjang. Saya kira tak ramai orang tua yang sanggup jalan sorang begitu. Nampak dia tak beli apa-apa. Mungkin berjalan untuk menghilangkan kebosanan!
Dia tinggal di Taman Jaya, Petaling Jaya. Fatimah agak umurnya dalam 70 ke 80 tahun...tua sangat tu Fatimah!

6 comments:

azlina said...

salam mama ju...
Bila berjalan banyak pengalaman kan sebab tu pepatah orang dulu selalu berkata jauh perjalanan banyak pengalaman..maksud mereka agaknya akan banyak pengalaman dan pengajaran berharga yang akan kita kutip di sepanjang perjalanan kita..

bergitulah agaknya...mungkin...

JMR said...

pengalaman mematangkan fikiran..sy pon suka berjalan...

sonata anak kancil said...

teror makcik tu yer...agaknya mencari hiburan & pengalaman di tempat sendiri...

zie said...

salam ziarah mamaju..

tumpang lalu

ainhany said...

salam mama

ohh mata, telinga, tangan mama peka betul pada persekitaran.TAhniah2 tak rugi lintas langsung nie...live dari LRT...semuga mama sihat dan terus berkongsi pengalaman...

hati2 ye mama ..jerat tak lupa pelanduk ..pencuri, pencopek banyak tuuu

Kaseh NazLieza said...

hmmm...dh lama btol xnaik lrt...bgus sifat terpuji fatimah tu..patut jd contoh kpd yg lain...

***pakej katering serendah rm6.90 per pax di samping hadiah kek pengantin 3 tingkat secara percuma lawati :

http://nazliezacanopycateringweddingplanner.blogspot.com/