Sunday, January 17, 2010

HUJUNG MINGGU..Salam Ziarah

Ah seronoknya naik benda ni lagi.Kami bertolak jam lima pagi dan berlepas jam 7.45 pagi.Makan nasi lemak didalamnya,,tunggu sebentar dan sampai! Selamat datang ke Kelantan!Saya lihat ada pembaharuan pada badan AA..ada lukisan Dato Lat..antaranya ada gambar orang bermain skateboard dengan pakaian asli Sarawak....

Sudah menanti cucu saudara Izzah(dia gelarkan diri dia Adik Manis!) dan Ehsan bersama bapanya.Terimakasih Ustaz Rajib dan Najwa! Sejak akhir-akhir ni kereta beliaulah yang kami pakai setibanya di sana....

Kami dijamu dengan sarapan pagi...susah-susah je Najwa!Dari sini kami terus ke rumah ayah kira-kira setengah jam perjalanan.Budak-budak ni ikut sama...
Inilah bapa mertua Hj yusof berusia 93 tahun,Bersamanya isteri beliau Ramlah berusia 60an..

Kami dikejutkan dengan kematian saudara kami..suami turut berziarah.

Ini biras saya Roslan..dia nak ke Hospital melihat isterinya di wad..

Kami teruskan perjalanan ke Hospital USM di Kubang Kerian untuk menemui adik ipar Ustazah Razinah ynag selamat menjalani pembedahan.
Anak bungsu beliauIkram menyuapkan makanan ke mulut ibunya..

Ramai sesedara ada bersama...AdikIpar, Cikgu Radziahlah yang paling sibuk sekali...

Petang kami ke Pizzahunt..seronok melihat budak-budak kecil kelamkabut makan...Yang tersenyum tu Imtiaz. Walaupun dia baru darjah satu..dia pandai arahkan ibunya memakai tudung bila ada orang lelaki datang!!Tapi dia tak faham lagi...yang datang ni pakcik ibunya!

Suami Najwa Ustaz Rajib bin Abdullah dan anak saudara Muzakir.
Kami ke hospital dua kali. Balik ke rumah ayah sekali lagi. Selepas tu kami ke pasar Khadijah dan ke pasar lama.Kami lupa bila lewat petang gerai-gerai di sini ditutup!



Selepas bersembahyang di rumah Najwa,kami terus ke airport di Pengkalan Chepa.Airport ni tak jauh dari rumah Najwa.Di sini sedia menunggu sepupu suami Ustaz Zawawi dan Ustazah! Kami makan-makan sehinggalah kedengaran suara memanggil-manggil kami....


Kami pun berlalu...Jam 12 malam kami tiba di LCCT.Alhamdulillah...Kepada anak saudara yang tak sempat kami jumpa maaflah ..kami kesuntukan masa.Insyallah kita akan jumpa..Dr Nabilah dan Nurhanani.Juga kepada kakak ipar Puan Jamilah!
Jumpa lagi.

11 comments:

ummi humaira said...

salam mama ju...
wow dah sampai ke Kelantan , zaman sekarang perjalanan sebegitu jauh pun dah jadi macam pergi kedai dkt rumah saja kan ,masyaAllah macam2 aktiviti sempat mama ju buat dlm satu hari .
mama ju tak jumpa CL ka kt sana? he he he

مسافر_اسلام said...

salam...balik kelantan ada sedara meningal ke..Innalillahi wa innalilahirojiun..

Catatan Peribadi Rusyaini said...

Salam Mamaju,

Amboi! balik kelantan tak bgtau wan pun. Tak bawak balik jala emas ke? Tak pun tahi itik, bunga tanjung ke? Budu? Budu ada? Sedap ni cicah timun ka, petai ka ngan nasi panas-panas. Yum!yum!

azlina said...

salam mamaju...
alhamdulillah di beri Allah kesempatan melawat saudara mara walaupun sebentar..

My Life said...

salam..

alahai mama..masa asal kelantan??
alahai kalau mama tahu mama balik pasti boleh kita jumpa...(-_-)

mama nie email aize
azie_6873@yahoo.com
nanti email azie yer.. boleh berkenalan dengan lebih dekat lagi

azlina said...

salam mama ju...
decaupage tisu itu ina buat sendiri..material beli di air tawar perak..tisu decaupage beli daripada razna..

azlina said...

salam mama ju...
mana ctknya kak tgn keras ina tgk dkt2 x ctkpun dlm gmbr je lawa sb lampu lip lap lip lap..he..he.. tisu akk blh beli pada razna atau affeen dua2 jual tisu lawa2 ina rasa link blog affeen akk ada kan ini link blog razna..http://blog.raznacreation.com/
selamat mendecaupage yea kak..good luck..

jariintanku said...

salam Mamaju..buat apa tu...wah mamaju pun jalan jalan cari makan juga ya.

KAMATO said...

salam mamaju, mujur ada every body can fly, senang sikit nak balik mengejut

um. masyitah said...

Salam Mama Ju
subhanallah panjangnya usia FIL Mama Ju
takziah ya atas pemegian saudara mama ju

Asnija said...

Salam Mama Ju,
Jarak bukan jadi isu sekarang ni kan...kalau mahu, pasti diusahakan, lebih lagi mengeratkan silaturrahim...

badan pun tak letih...perjalanan pun cepat dan selamat insyaAllah...