Wednesday, November 4, 2009

LELAKI ITU


Lelaki kecil ini bernama Akram Muzaffar.Muzaffar lahir semasa Malaysia sibuk2 dengan angkasawan negara Sheikh Muzaffar.

Muzaffar seorang yang periang dan tidak takut dengan sesiapa.
Satu hari dalam kesibukkan kakak dan abang dengan urusan masing masing,pembantu pula memasak di dapur,Muzaffar terpandang pintu utama yang tidak berkunci...

Muzaffar terus melangkah keluar rumah.Memakai sepatu sendiri,membuka pagar dan terus memulakan langkah....Muzaffar tentu seronok tak ada siapa yang menganggu....

Muzaffar terus berjalan dari Jln 30 hingga ke Jln 19!Adalah kirakira setengah jam!Waktu tu belum tengahari lagi,jadi suasana agak sunyi,tak ada orang lalu lalang.

Tiba tiba ada lori mencari barang terpakai...Pemandu lori nilah yang perasaan Muzaffar keseorangan,berjalan ke tengah ke tepi....

Dia bertanya kepada orang2 di situ,ada sesiapa yang kenal kanak2 ini... .Orang pertama tak kenal.Orang kedua tak kenal juga tapi mujurlah anak orang kedua perasaan yang si kecil ini adik kepada Akmal Haris dan Aisyah...

Mereka menelefon bapa Muzaffar.Ketika itu bapa Muzaffar ada seminar di Pusat Islam.Terkejut bukan kepalang...telefon ke rumah....kakak dan abang masih beranggapan Muzaffar ada di rumah,mungkin pada pembantu....

Bila diberitahu berita sebenar, mereka berlari ke rumah di Jln 19!

Muzaffar macam biasa,selamba dan mesra dengan siapa saja...

Muzaffar memang bernasib baik....Alhamdullilah

Selamat Hari Jadi yang ke 2 buat Akram Muzaffar!(beliau anak saudara saya)

1 comment:

razijohari said...

Salam...

kak Ju and family,

Moga dirahmatiNya.... Thanx for writing the story...

Moga jadi pengajaran utk kita sume!!