Saturday, October 31, 2009

LELAKI ITU



Beliau dikenali sebagai Prof Dato Dr Ir Zaini Ujang
Sejak dari awal lagi beliau sudah terlibat dengan penulisan.Saya memang selalu ternanti nanti tulisan beliau di akhbar.Menurut adik,masa belajar lagi beliau telah menunjukkan bakat dalam kepimpinan dan seorang yang berdisplin.Ketika datang bersembahyang subuh di surau Universiti beliau sudah berpakaian seperti akan mengikuti kuliah ...kemas..
Beliau ialah Prof enviromental Bioengineer.
Mula bersekolah di SR Dato Undang A Manaf,Johol,N.Sembilan.Mendapat B Eng(Chemical E UTM)
M Sc/PHD (Univ. Newcastle)
Tahun 1988 beliau memulakan kerjaya.Pada tahun 90an ketika beliau sedang menaiki tangga kejayaan dalam pekerjaan,beliau dipinjamkan ke Kementerian Pelajaran sebagai Pegawai Khas Menteri Pelajaran.Ketika itu saya bertugas di Kementerian yang sama di Damansara.

Masa terus berlalu.Akhirnya beliau terus gemilang.Beliau kini Naib Canselor UTM.

Beliau telah menerbitkan 200 technic paper,22 buku,1000 artikel.

Beliau berkahwin dengan Dr Zainah Mokhtar seorang doktor perubatan dan mempunyai 4 cahayamata,

Anugerah tertinggi yang beliau terima baru baru ini ialah Anugerah Merdeka.Beliau menerima RM 500,000 sebagai menghargai kecemerlangan beliau.

Moga terus gemilang,

No comments: