Thursday, October 1, 2009

CORATCORET HARIRAYA 2009








Coratcoret hari raya
23hb. September 2009

Seronok dapat bertemu ayah mertua,isteri ayah yang kami panggil makcik, adik-adik dan anak-anak buah.Dapatlah kami terus menghubungkan tali persaudaraan yang memang dah erat.

Pagi kami mencari nasi dagang,kot dah dijual di pasar.Kami ke pasar Bachok.Kami hanya dapat nasi berlauk,yang lain-lain semuanya dah habis walaupun baru pukul lapan pagi.

Seronoknya dapat makan bersama-sama ayah, makcik ,adik,ipar dan 9 anak buah.

Kami mengambil peluang menziarahi satu, dua rumah saudara.

Satu yang tidak diduga berlaku.Tiba-tiba seluruh Bachok tiada bekalan air!Pagi tu ketika berkumur,saya amat terperanjat kerana mulut saya penuh dengan air berwarna coklat...
Mujurlah orang-orang di sana masih ramai yang menggunakan atau mempunyai air alternatif iaitu air telaga.

Suatu perkara yang hampir terlupa nak diceritakan ialah mengenai panggilan dari jiran-jiran di KL yang mengatakan kereta proton saga kami berbunyi...!Mereka menelefon betul-betul ketika kami baru sampai ke Beris Kubur Besar,Bachok.Terimakasih kepada jiran yang prihatin dan pengawal keselamatan.Kami nak buat macammana....?Rasa bersalah kerana menyebabkan kawasan perumahan tu tak aman!Terimakasih kepada Puan Asmah,En. Bk dan Tuan Syed Taha!

Di sana kami mengambil peluang tidur di kediaman adik-adik.Terimakasih kerana melayan kami...

Tengahhari 24hb kami balik ke KL dan tiba jam 12.00 malam.Satu perjalanan panjang tapi alhamdullilah kami selamat.

Tiba di kediaman alarm kereta masih berbunyi tapi dengan amat lemah........

No comments: