Sunday, August 16, 2009

renungan 1~

Renungan 1
SELAMAT HARI BAPA

Waktu itu menunjukkan tepat jam 9 malam.Saya akan memeriksa pesakit terakhir dari tingkat 7,wad 712.Ada pesakit baru yang dimasukkan ke situ petang tadi kerana serangan jantung .Di kepala katilnya tertulis ABDULLAH.
Ketika saya menghampirinya,dia teruja ingin tahu siapa yang datang tetapi akhirnya sayu tatkala mengetahui orang itu adalah saya.Saya letakkan stetoskop ke dadanya.Jantungnya bergerak pantas,perlahan ,kadangkadang tidak teratur.Abdullah mula bersuara, “Doktor.boleh tak…”dia terdiam sejenak.Dari kelopak matanya menitis butiran kaca.Lalu saya sentuh tangannya menunggu dengan sabar dia meneruskan katakata.
Sayu saya melihat Abdullah menyeka air matanya.”Boleh tak doctor tolong telefon anak saya.Tolong beritahu saya diserang sakit jantung.Saya tak ada saudara lain”Pakcik jangan risausaya akan menghubunginya.Abdullah menarik nafas lega.Kemudian raut wajahnya berubah seperti mendesak,”Boleh telefon sekarang?Seberapa segera yang boleh”Baiklah”Kata saya sambil menepuk mesra bahunya.Saya memadamkan lampu dan melihat Abdullah menutup mata.Tiba di pintu dia memanggil,”Boleh minta pen dan kertas”
Berdasarkan borang maklumat pesakit, saya mendapat nombor telefon anaknya.”Assalamualaikum, Adam, saya Dr Faizal dari hospital. Ini berkenaan bapa saudara. Dia dimasukkan ke hospital kerana diserang sakit jantung dan “Hah.Tidak”jeritan Adam membuat saya ahterkejut.”Abaha tak tenatkan?”
“Dr,tolonglah,jangan biarkan dia pergi dulu”Suara Adam kedengaran sangat sedih.”insyallah ,dia dalam keadaan baik sekarang”Dr tak faham abah dan saya dah lama tak bercakap.Pada hari jadi saya ke 21,kami berselisih faham m engenai teman wanita saya.Saya teru s meninggalkan rumah.
“Saya kesal kerana terlalu menurut katahati.Hati saya meronta ronta ingin bertem u dengannya.Kalau boleh saya ingin sujud di kakinya.Memohon kemaafan kerana kerana kalimat terakhir saya adalah “Saya bencikan abah”Saya jadi sebak mendengar Adam teresak esak.Seorang ayah dan anak,masingmasing sangat kehilangan,sehingga membuat saya memikirkan ayah saya yanguhng jauh.
“Saya akan sampai dalam setengah jam”Katanya.Saya berusha menyibukkan diri tapi tidak dapat memberi tumpuan.Apa yang saya tahu,bilik 712 Tiba tiba “Kod 99,bilik 712.Kod 99”pemberitahuan itu bergema,Abdullah!Saya terus meluru ke biliknya.Memeriksa nadinya.Tidak ada!
Abdullah mendapat serangan jantung buat kali kedua!Kejutan eletrik kardioversi yang diberikan keatas dada Abdullah tidak berhasil.Abdullah sudah tiada lagi.
Beberapa orang jururawat meninggalkan oksigen dan alat alat lain di tubuh Abdullah.Kemudian satu persatu beredar.Yang tinggal Cuma saya sambil tergumam.”Bagaiman perkara ini boleh berlaku dan bagaimana saya nak berdepan dengan anaknya?Keluar dari bilik saya melihat seorang anak muda sedangberkata sesuatu kepada jururawat yang memintanya bersabar.Sejurus mudian dia menekup mukanya yang penuh dengan seribu penyesalan Dia menangis.Saya pasti it u Adam.
Saya menghampirinya.Adam memandang tanda nama saya.Saya mengajaknya duduk di bangku “Maafkan saya Adam “Setelah agak lama suasana senyap menyelubungi kami,Adam bersuara,”Saya tidak pernah membencinya malah amat menyayanginya,”Perlahanlahan kami berjalan ke bilik 712.Adam merangkul kaki ayah sambil tidak henti mulutnya mengatakan maaf.Saya berusaha untuk tidak melihat Adam saat itu.Sedih,sedih ditinggalkan seseorang yang amat disayang .yang lama tidak bertemu .
Saya berdiri di sisi meja,di sebelah katil arwah.Tangan saya tercarik kertas dan saya ingat,ia kertas yang diminta oleh Abdullah sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir.Ia tidak lagi kosong tetapi mempunyai coretan yang sangat indah”Adam ,anak abah yang tersayang,abah memaafkanmu.Abah berdoa agar engkau juga memaafkanku.Abah tahu kau juga menyayangi abah bukan?Sesungguhnya abahjuga amat menyayangimu nak.”ABAH. ,
Kertas itu membuat tangan saya mengeleta r ketika menyerahkannya kepada Adam.Adam membacanya sekali ,dua kali,wajarnya perlahan lahan bersinar,kedamaian mulai terpancar dari matanya.Kemudian dia memeluk kertas tersebut bertalu talu.
Di luar jendela, beberapa bintang terlihat bersinar di kegelapan malam. Saya bergegas meninggalkan di meninggalkan Adam, menuju ke bilik ayah sata. Lalu saya capai telefon, ingin menelefon ayah dan mengatakan kepadanya bahawa saya amat menghargai jasa-jasanya membesarkan saya selama ini. “Saya sayangkan ayah.”
Bilakah kali terakhir anda menghubungi ayah, bertanyakan sakit pening serta makan minumnya?

Anekdot
1,Ini tulisan dari Mingguan Malaysia 11,6.2006.Kali pertama membacanya aku rasa sungguh terharu,
2.April 2009 ketika aku membaca nya semula,aku rasa sungguh sedih dan mengalirkan airmata.Aku baru kehilangan bapa 26.03.09.Al Fatihah

No comments: