Sunday, August 16, 2009

renungan 2~

Renungan 2
SELAMAT HARI IBU
Ketika berusia setahun,ibu suapkan makanan dan mendidik kita.Cara kita mengucapkan terimakasih kepadanya ialah dengan menangis sepanjang malam.
Menjelang usia 3 tahun,ibu member I makanan dengan penuh kasihsayang,kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.
Ketika berusia 7 tahun,ibu belikan sebiji bola,kita ucapkan terima kasih dengan memecahkan cermin rumah jiran.
Ketika berusia 12 tahun, ibu menyuruh kita membuat kerja sekolah,kita ucapkan terimakasih dengan menunggu ibu alpa untuk menonton tv.
Ketika berusia 13 tahun,ibu menyuruh kita memakai pakaian menutup aurat,kita mengucapkan terima kasih dengan memberitahu pakaian itu tidak sesuai.
Ketika berusia 14 tahun,ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama,kita mengucapkan terimakasih dengan tidak menulis sepucuk pun atau menelefon.Semasa cut i
Kita asyik mengunci bilik.Ketika ibu menunggu panggilan penting,kita bergayut di telefon sepanjang malam.
Menjelang usia remaja,18 tahun ibu menangis gembira apabila mendapat berita kita ke IPTA.Kita ucapkan terimakasih dengan bergembira dengan kawankawan.
Ketika berusia 20 tahun,ibu bertanya samada kita ada teman istimewa,kita kata”Itu bukan urusan ibu”
Ketika berusia 21 tahun,ibu member pandangan tentang kerjaya.Kita kata”Saya tak mau jadi seperti ibu”
Ketika berusia 25 tahun ,ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita.Ibu menangis dan memberiahu betapa dia sangat sayangkan kita.Kita ucapkan terimakasih dengan berpindah jauh dan jarang menelefon.
Ketika berusia 30 tahun,ibu member nasihat penjagaan bayi.Kita kata”Itu dulu”
Ketika berusia 40 tahun,ibu menelefon mengingatkan ada kenduri kendara di kampong.Kita berkata”Kami sibuk,tak ada masa nak datang”
Ketika berusia 50 tahun,ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya,kita bercerita mengenai kesibukkan dan kisah ibubapa yang menjadi beban kepada anakanak;
Dan satu hari kita mendapat berita ibu meninggal dunia!Khabar itu bagaikan petir
Dalam lelehan airmata,barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.

Anekdot
1.Tulisan ini dari akhbar keluaran 2006.

No comments: