Thursday, January 23, 2014

ZOO TAIPING WAKTU MALAM.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayng.

Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.
(Al-Anbiyaa' 21:1)

Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Zoo tertua di Malaysia ini dirasmikan pada 7 Mac 1964. Dengan kawasan seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka dengan mengutamakan habitat asal haiwan yang dipamerkan. Zoo Taiping kini menjadi tempat habitat kepada lebih 1300 ekor haiwan yang terdiri daripada 200 spesies. Antaranya ialah harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, orang utan dan banyak lagi. Selain itu ia juga menjalankan program pembiakan dan konservasi hidupan liar dan telah berjaya membiakkan beberapa spesies seperti harimau, singa, siamang, rusa, nilgai dan burung kuak. Selain itu, Zoo Taiping turut memperkenalkan program 'Malam Safari' atau 'Night Safari' yang memaparkan haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam (nokturnal).

Petikan KedondongLikat.blogspot.com
Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu: satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya -
(Al-Anbiyaa' 21:2)

Suatu malam  kami ke Zoo Taiping.
Masyallah ramainya beratur untuk naik tram!

Di belakang kami ada berpuluh-puluh lagi yang menunggu tram. Kami akhirnya berjalan kaki mengelilingi zoo, anggaran 2.5 km.

Dan (ingatlah) segala yang ada di langit dan di bumi adalah milik kepunyaan Allah jua; dan malaikat-malaikat yang ada di sisiNya tidak membesarkan diri dan tidak enggan daripada beribadat kepadaNya, dan tidak pula mereka merasa penat dan letih.
(Al-Anbiyaa' 21:19)
Mereka beribadat malam dan siang, dengan tidak berhenti-henti.
(Al-Anbiyaa' 21:20)
Akmal - sempat buat dua pusingan berjalan di zoo tersebut. Mentang-mentanglah orang sukan...

Rasa terhibur melihat binatang di malam hari. Semua bergerak aktif. Harimau mengaum berbalas sana sini. Buaya memerhati kami, beruang sentiasa buat pusingan lapan dan yang lain-lain pun menunjukkan kebolehan masing-masing.

Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (yang telah mereka lakukan), dan apa yang di belakang mereka (yang akan mereka lakukan); dan mereka tidak memohon syafaat melainkan bagi sesiapa yang diredhai Allah; dan mereka pula sentiasa cemas takut daripada ditimpa azabNya.
(Al-Anbiyaa' 21:28)

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
(Al-Anbiyaa' 21:35


Dan Al-Quran ini juga pengajaran yang berkat, yang Kami turunkan (kepada Nabi Muhammad); dengan keadaan yang demikian maka patutkah kamu mengingkarinya?
(Al-Anbiyaa' 21:50)
Ini gambar - KedondongLikat, blogspot.com.

Tidak banyak gambar yang boleh kami ambil kerana keadaan gelap.

Seketika merehatkan badan. Kami akhirnya berpecah kepada beberapa kumpulan.

Brgambar di pintu keluar zoo.
Alhamdulillah.
Akhirnya hampir jam 12 malam, kami sampai ke rumah sepupu - Pn Muslimah . Rumahnya tidak jauh dari bandar Taiping.
Ada jamuan tengah malam tu. Masyallah sedapnya!
-

SEBARKAN SALAM.
CINTA ALLAH CINTA RASULULLAH.