Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar.
(Al-Hajj 22:1) |Gambar lama Tasik Taiping pada tahun 1940an. |
Menurut catatan sejarah, bandar Taiping yang nama asalnya Klian Pauh, telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1880-an kerana daerah ini kaya dengan bijih timah di sekitar Sungai Larut.
Sebelum kedatangan British, Jajahan Larut ditadbir oleh Menteri Larut, iaitu Dato’ Long Jaafar yang diberikan kuasa oleh Sultan Perak untuk mentadbir jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sungai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.
Bijih timah yang menjadi sumber bumi yang mahal di Kelian Pauh menjadi rebutan sehingga menimbulkan pergaduhan dua kumpulan pendatang dari negara China, iaitu Hai San dan Ghee Hin. Setelah dua kumpulan itu berdamai, Taiping yang bermaksud “aman” atau “damai” dipilih sebagai nama baharu bagi Kelian Pauh. Taiping menjadi ibu negeri Perak sehingga tahun 1937. Selepas itu, Ipoh dipilih sebagai ibu negeri kerana kedudukannya di tengah-tengah negeri Perak.
(petikan http://lamanartikel.dbp.my/
Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan.
(Al-Hajj 22:2) |
Petikan http://lamanartikel.dbp.my/
Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan.
(Al-Hajj 22:3) |
Yang telah ditetapkan kepada (tiap-tiap) syaitan itu, bahawa sesiapa yang berketuakan dia, maka sesungguhnya ia akan menyesatkannya dan memimpinnya kepada azab neraka.
(Al-Hajj 22:4)
Dan bahawa sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang syak padanya, dan bahawa sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang-orang yang di dalam kubur.
(Al-Hajj 22:7)
Dan ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran;
(Al-Hajj 22:8)
Ia membantah sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan agama Allah; ia akan beroleh kehinaan di dunia, dan Kami akan merasakannya azab yang membakar pada hari kiamat kelak;
(Al-Hajj 22:9)
(Dengan dikatakan kepadanya): "Azab yang demikian ini ialah disebabkan perbuatan tanganmu sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya".
(Al-Hajj 22:10) |
Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.
(Al-Hajj 22:11)
Dan demikianlah pula Kami menurunkan Al-Quran itu sebagai ayat-ayat keterangan yang jelas nyata; dan sesungguhnya Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan dan undang-undangNya).
(Al-Hajj 22:16) |
Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya.
(Al-Hajj 22:18) |
7 comments:
Salam MAMA JU...
cantiknya gambar. Dah lama saya tak pi Tasik Taiping padahal saya orang Parit Buntar. Zaman sekolah dulu rajin la melepak gak tang sini.
Taman tasik taiping saya suka pokok pokok yg besar2 tu
jambatan lama tu masih ada tak..?
Salam Mamaju..
TAiping mmg best!!
Salam Mamaju..
TAiping mmg best!!
Cantik dahan2 pokok yang nampak sangat berseni itu.
Agak2 malam2 ada tak makhluk lain dok bergayut kat situ. Bukan apa teringat zaman kecik2 dulu kat kampung pokok itu dikaitkan dengan lagsuir yg suka bergayut-gayutan.
assalamualaikum Ju mamaju..! Jemput datang ke Taiping lagi.. lepas ni kita jelajah Kolam Air Panas, Trong & Kuala Gula.. Kita BBQ di sana..
Post a Comment