Saturday, January 11, 2014

MENCARI BUKU LAMA DI CHOWRASTA, PULAU PINANG.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Ini kedai sebelah pasar Chowrasta. Lupa pulak nak ambil gambar pasar Chowrasta. Saya memang teringin nak jelajah pasar tu.
Pasar Chowrasta atau Chowrasta Market adalah salah satu pasar yang terkenal di Georgetown, Pulau Pinang[1]. Nama pasar ini berasal dari Bahasa Hindi iaitu chowk yang bemaksud Pasar Jalanan. Pasar Chowrasta bersempadan dengan Penang Road, Jalan Chowrasta, Jalan Kuala Kangsar dan Tamil Street[2]. Walaupun pasar ini diasaskan oleh kaum Tamil tetapi kini majoriti penjualnya merupakan kaum Cina.
(Sumber Wikepedia)


Di sini ada jeruk Pak Ali dan Jeruk Nasir. 


Pada pertengahan abad ke-19 kawasan sekitar Pasar Chowrasta merupakan sebuah penempatan bagi etnik Tamil dari Tamil NaduIndia Selatan. Malah, keseluruhan bandar Georgetown dariJalan Pasar ke Lebuh Chulia dan sehingga Jalan Penang dan Jalan Transfer merupakan penempatan kaum India. Tetapi, lama-kelamaan penempatan kaum ini mengecil. Bangunan pasaran kekal yang pertama telah didirikan oleh Pesuruhjaya Majlis Perbandaran George Town - pelopor Majlis Perbandaran Pulau Pinang, MPPP - dalam tahun 1890, pada kos $ 16.471. Struktur tersebut kekal tidak berubah sehingga tahun 1960. Pada tahun 1961, pasar lama telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada struktur baru ini, yang dibina pada kos sebanyak $ 1.310.000, dan masih berdiri hingga ke hari ini. Apabila ia telah selesai, ia adalah salah satu bangunan yang pertama di Pulau Pinang yang dilengkapi dengan eskalator.
(sumber Wikepedia)
Sebenarnya saya sangat teruja nak tengok kedai  buku lama!
Kedai  ni di tingakt atas.
Ada banyak kedai. Ia telah beroperasi sejak berpuluh-puluh tahun . Penjual terdiri dari warga India yang  mewarisi kedai dari datuk nenek mereka.
Macam nak juling mata....
Cara nak tengok buku di sini - Bagitau penjual buku macam mana yang kita nak, nanti dia akan cari....
Saya mestilah nak tengok buku berunsur sejarah....

Buku lama tentang Malaya dan poskad lama. Ini bukan buku terpakai tapi buku koleksi. Setiap negeri ada buku poskad ni.  Suka sangat kerana saya dapat memilikinya. Tapi saya memang tidak pandai menawar! Dia letak harga RM 60, saya dapat RM 55 sahaja! Susah nak patahkan hujah mereka!
Walau dah tak ada kulit saya beli juga.  Saya terkenang 'Hari Ini dalam Sejarah' Arkib Negara, tempat saya bekerja dahulu.




Sebelah kedai-kedai buku ni kedai baju-baju. Tengok seronok mereka memborong baju!



Kedai buku yang punya peminat tersendiri.....







9 comments:

Dr K said...

Salam Mamaju..
Saya ke Chowrasta dah dua kali...tapi tak sempat nak naik ke tingkat atas tu...

Patutlah mamaju suka sejarah...kerja dengan Arkib Negara..hihihih...

Banyak betul buku bukunya...dah macam ala ala Big Bad Wolf !

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Ju,
Saya teringin nak ke kedai buku lama tu. Manalah tau entah-entah ada terselit buku-buku penerbitan PAB.

afeezz said...

dah macam library plak

Al-Manar said...

And I hve not yet completed reading all the ones I purchased last time I was there years ago. I would love to be there again but hate the thought of seeing more unread books gathering dust.

Dr Singa said...

kakk!!!!!
bestnya buku poskad tu!!!!!!!

kecik said...

Assalamualaikum. tumpang tanya, kedai buku di chowrasta masih lagi beroperasi ke??

Anonymous said...

Masih lagi beroperasi, saya baru pergi, masih ade 5 kedai di tingkat satu kalau tak silap, Chowrasta tgh renovation skrg tp kedai buku tu masih ada, kalau kat chowrasta dah tak de, boleh jln sekitar kawasan deretan kedai, aritu ade jumpe gak beberape kedai, kat lebuh chulia kot, agaknye lah dah lupe...

Anonymous said...

buku keluaran dari Hamka ada tak ?

Anonymous said...

Hai! Nak tanya pasar tu still ada lagi ka? Sekarang.. still ada lagi ka?