Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit serta yang ada di bumi; dan kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat (yang akan menimpa mereka kelak). (maksud surah Ibrahim 14:2 Indahnya masjid terapung di Batu Feringgi ini.. Gambar saya ambil ketika keluar dari masjid ini selepas solat maghrb. Subhanallah! bulan ditutupi awan malam betul-betul setentang dengan menara masjid. Malam yang indah. Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan agama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya. (maksud surah Ibrahim 14:3) |
Gambar diambil ketika mula sampai ke masjid ini. Tidak nampak masjid ini terapung kerana air surut. Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (maksud surah Ibrahim 14:7) |
Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka telah usahakan itu. Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran(maksud surah Ibrahim 14:18) |
Gerai mi udang berhampiran masjid. |
Dari tempat solat wanita. |
Menunggu solat... |
Di hadapan kedai mi udang. |
Bergambar dulu sebelum masuk waktu magrib. |
Waktu malam tulisan 'Allah ' tu' menyala.Kiri kanan tempat wudhu dan tandas. |
Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh, ke dalam Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka; ucapan selamat sentiasa mereka dapati (dari malaikat) di dalam Syurga-syurga itu.
maksud surah Ibrahim 14:23)
Alhamdulillah. Beredar untuk mencari nasi kandar! "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan; dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah!(maksud surah Ibrahim 14:38) | Sebarkan senyum sebarkan salam. TAAT ALLAH TAAT RASULULLAH. |
5 comments:
assalamualaikum mama
tak rasa ke mee udang kat gerai dekat masjid tuh?
Assalamualaikum mama,
hari tu masa ke Penang, saya pun singgah solat sini.
assalamualaikum kak ju...
subahanallah cantiknya masjid itu..semuga di izinkan Allah sampai ke sana suatu hari nanti..
nampak tenang dan cantik sangat masjid tu..
Assalamualaikum Mama Ju
belum sampai lagi
Post a Comment