'Sebutlah nama Tuhanmu dan beribadahlah kepadaNya dengan ketekunan ( yakni perkukuhkanlah perhubungan dengan Allah).
(maksud ayat 8 surah Al Muzzamil)
Stesen kereta api Gemas.
(sumber wikwpedia)
Dahulunya ia dikenali sebagai sebuah agensi di bawah Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu, ia kini dikenali sebagai KTMB berikutan kesan kempen pengkorporatan yang diterajui kerajaan pada tahun 1992. Namun, KTM masih dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan. Sejarah sistem gerabaknya bermula sewaktu zaman penjajahan British, apabila laluan kereta api asalnya dibina untuk mengangkut timah. Tambang keretapi agak munasabah, namun kelajuan keretapi antarabandar (intercity) yang rendah di laluan sempit sering menyebabkan pengangkutan KTM kurang berdaya saing berbanding jenis pengangkutan yang lain.
Gemas merupakan sebuah bandar kecil di Negeri Sembilan, Malaysia, berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan-Johor. Gemas terbahagi kepada Gemas Lama dan Gemas Baru. Gemas Baru terletak di sebelah negeri Johor. Gemas Lama terletak di dalam Negeri Sembilan.Gemas terletak sekitar 54 KM untuk ke Daerah Tampin dan untuk ke Rembaupula 75 km. Manakala, Seremban pula 101 km.
Gemas merupakan persimpangan bagi landasan kereta api ke pantai timur dan pantai barat Malaysia kendalian Malayan Railways. Disebabkan ini, Gemas merupakan sebuah bandar yang sibuk berbanding bandar lain yang sama saiz dengannya. Stesen kereta api Gemas didirikan pada 1922.
-
Akhirnya stesen ini dipindah ke stesen baru pada Jun 2013. Ianya terletak bersebelahan dengan stesen ini.
Suami mengingati zaman UKM dulu. Kalau nak balik ke Kelantan mesti bermalam di sini. Dari KL ke Gemas baru patah balik ke Kelantan. |
Lenggang. Saya tak perasaan pun ada stesen baru. |
Nun di sana ada kepala kereta api lama. |
Badan kereta api. |
Heh ada benda ini.. cap kapak. Disebelah kereta api. |
5 comments:
Assalamualaikum mama,
sy tak pernah sampai ke Gemas.
masa Majalah 3 buat slot tentang Gemas dan persimpangan keretapi barat-timur dulu tu, berkobar-kobar nak pergi tapi belum ada kesempatan. Bila tengok paparan mama ni timbul semula semangat nak jenguk Gemas. Insyaallah.
Lama tak naik keretapi. Jom kita rancang 'funride' bersama KTM.
Assalamualaikum, izinkan saya ambil beberapa gambar dalam blog ini untuk kajian kerja kursus saya, terima kasih. :)
Assalamualaikum, minta halalkan saya ambil beberapa gambar daripada blog ni untuk kerja kursus sejarah pt3 sya. Semoga Allah membalas jasa baik akak.
Baru semalam pegi sini.. temankan anak buat PT3 sejarah..
Post a Comment