Saturday, November 16, 2013

RUMAH MELAYU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Petikan daripada blog V12gether En Eddie.

Rumah tradisional melayu
Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina Malaysia yang sangat bernilai. Ianya telah direkabentuk dan dibina oleh tukang- tukang yang mahir dan kreatifnya mereka dalam bidang seni bina.Ia memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan.

Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri. Secara amnya, rumah Melayu banyak diperbuat daripada kayu yang tahan lama dan dibina bertiang. Dinding rumah Melayu diperbuat daripada kayu atau anyaman buluh dan beratapkan daun rumbia atau daun nipah serta kayu.Ruang dalaman mempunyai ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang tersangat minima.

Seni bina Melayu adalah kesan daripada pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasi rantau ini seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minagkabau, Siam, Cina dan Barat.Seni bina rumah Melayu tradisional dikaitkan dgn sifat kreatif masyarakat Melayu serta hubungan mereka yang sangat erat dengan alam sekitar.Falsafah agama Islam menyebabkan rumah didirikan mengikut arah kiblat dan ruang di antara kaum lelaki dan kaum perempuan dipisahkan.
rumahmelayuawal40an60ancy0
Ruang rumah Melayu pada zaman dahulu biasanya tidak berbilik kerana masyarakat Melayu pada masa itu mementingkan perjumpaan atau berkumpul secara beramai-ramai untuk majlis keramaian dan juga upacara keagamaan.Secara terperinci, ruang-ruang yang terdapat pada rumah Melayu tradisional ialah anjung atau sorong serambi, selasar, rumah ibu, bilik, serambi dalam, dapur, pelantar atau lambur dan jemuran serta ruang bawah rumah.
Dari sudut rekabentuk, rumah Melayu boleh dikatakan amat canggih dan memuatkan ciri- ciri bestari, lagi kena dengan gaya hidup selesa mengikut adat dan alam.Ciri-ciri pintar ini termasuklah penyejukan atau pengudaraan semulajadi (natural ventilation), peneduhan (shading), keselamatan dan keamanan (safety and security) serta ‘kepersendirian’ (privacy).Contohnya sifat paling ketara pada rumah tradisi Melayu ialah ianya didirikan atas tiang. Pelbagai kelebihan muncul dari ‘keterapungan’ ini; termasuklah mengelakkan dari mudah masuknya binatang liar, serta terangkat dari aras banjir.
Rumah juga lebih sejuk akibat pengudaraan pada semua bahagian (dari atas, tepi-tepi dan bawah). Selain itu, ruang kosong di bawah rumah ada juga menyebut ‘polong’ iaitu menjadi tempat yang sesuai untuk menyimpan segala macam barang perkakas.Rumah tradisi yang memang terangkat atas tiang bagi menambah pengudaraan itu juga ada pelbagai gaya tingkap, termasuk jenis tingkap sependiri seperti ‘French window’, guna untuk masuk angin dan cahaya.

Dengan adanya berbagai keping ukiran berlubang di dinding bukan saja sebagai perhiasan, tapi juga bagi menggalakkan udara dan cahaya masuk menceriakan rumah. Ukiran-ukiran pada rumah Melayu berunsur corak geometrik atau tumbuhan (tiada corak fauna hidupan kerana larangan agama), dan banyak yang amat halus pengukirannya.
TINGKAP DAN KEKISI
Kebanyakan tingkap adalah dari jenis yang bukaannya ke luar dan mempunyai kayu kekisi di bahagian bawah tingkap sebagai peredaran udara keluar dan masuk dan juga berfungsi sebagai palang keselamatan bagi anak- anak kecil. Selain itu bahagian tingkap juga tidak terlepas dari hasil kerja tangan yang halus dengan adanya ukiran-ukiran dari jenis tebuk timbul yang mempunyai motif flora dan geometri yang pelbagai.Semua negeri di Malaysia terdiri dari rumah bumbung tetapi selepas kedatagan penjajah ia berubah bentuk kepada bentuk limas dan bumbung Belanda.
Bumbung rumah Melayu sentiasa jenis condong untuk kesesuaian cuaca hujan panas tropika.
Bagi bahan penutup bumbung tradisi, yakni anyaman pelepah daun seperti nipah ataupun bumbung genting tanah liat seperti yang dipanggil genting ‘Senggora’ di Pantai Timur Semenanjung Melayu, juga memainkan peranan menyejukkan rumah. Malangnya sekarang ini kepingan zink lebih disukai-ramai kerana ianya murah dan senang dipasang, tapi menyebabkan rumah lebih berbahang dan bising pula semasa hujan.Bahan yang digunakan untuk menghasilkan bumbung juga sesuai dengan cuaca dan keadaan pada masa tersebut
ri utama bumbung iaitu: gaya ‘bumbung panjang’ (atap pelana) dan keduanya ‘bumbung lima’ atau ‘limas’ (atap perisai). Bumbung panjang ialah jenis yang lebih mudah, yakni hanya satu perabung membentuk bukaan segitiga di kedua- dua hujung yang membenarkan pemasangan penutup tebar layar.
Ada dua kategori utama bumbung iaitu: gaya ‘bumbung panjang’ (atap pelana) dan keduanya ‘bumbung lima’ atau ‘limas’ (atap perisai). Bumbung panjang ialah jenis yang lebih mudah, yakni hanya satu perabung membentuk bukaan segitiga di kedua- dua hujung yang membenarkan pemasangan penutup tebar layar

‘Bumbung lima’ ialah jenis yang ada lima perabung (atau juga empat perabung bagai piramid untuk struktur ringkas seperti pondok wakaf). Lebih canggih lagi, ‘bumbung lima’ ini ditambah struktur segitiga di atasnya lalu dipanggil ‘limas’ (dari ‘lima emas’ karena suatu masa dulu hanya rumah orang berada atau pembesar yang berbumbung limas, dan mungkin mula digunakan semasa Kesultanan Johor- Riau).
Dua-dua jenis bumbung ini boleh melahirkan apa jua kombinasi bentuk bumbung yang boleh difikirkan, dan ada tempat yang mempunyai corak bumbung tersendiri seperti bumbung rumah Minangkabau Negeri Sembilan (sejenis bezaan ‘bumbung panjang’). Bumbung rumah tradisi juga pasti ada unjuran (emper/overhangs) untuk teduh dari panas dan hujan lebat.Sepanjang tepian hujung bumbung pula selalu dipasang cucur atap atau papan cantik berukir menandakan kehalusan seni masyarakat Melayu.
Sesetengah rumah pula ada bilik di dalam rongga bumbung iaitu seperti ‘attic’, kadangkala dipanggil ‘loteng’ atau ‘lenting’, manakala membuat rumah yang sedia terangkat atas tiang itu menjadi rumah tiga tingkat. Malahan telah ada istana kayu lama yang dibina setinggi lima atau enam tingkat, dengan struktur tanpa sebarang paku pun. Satu contoh indah ialah Istana Seri Menanti di Negeri Sembilan, Malaysia selain juga di Sumatera, Borneo dan Tanah Bugis, Sulawesi.Reka bentuk rumah Melayu sememangnya unik dan mempunyai nilai indentitinya yang tersendiri.
Anjung
Ruang Anjung biasa digunakan oleh kaum lelaki untuk menjalankan kerja rumah seperti mengayam pukat, jaring dan sebagainya.Anjung adalah tempat untuk berehat dan berbincang bagi kaum lelaki. Ruang ini juga ada disebut sebagai serambi.Penggunaan anjung dihadapan rumah sebagai penyambut tetamu dan halaman ruang tamu yang terang-terangan dikhususkan buat para tetamu.Selain dari memperuntukkan halaman yang luas di bahagian hadapan rumah, hiasan yang menarik sebagai daya tarikan tetamu, halaman rumah masyarakat Melayu juga lazimnya mempunyai ruang di salah satu bahagian sisi rumah sebagai tempat berkumpul atau beraktiviti. Ruangan ini berfungsi sebagai kawasan sekiranya hendak melaksanakan sesuatu majlis seperti kenduri, berpersatuan dan sebagainya.

Ibu

Rumah Ibu merupakan salah sebuah ruang dalam reka bentuk rumah Melayu yang utama.
Ruang utama ini dipanggil “ Rumah Ibu” kerana bersempena menghormati peranan ibu sebagai pengurus rumah dan penyeri keluarga.Ibu juga dianggap mempunyai kedudukan yang mulia dan harus dihormati.
Sesuai dengan nama dan fungsinya sebagai tempat ahli keluarga beristirehat dan bersantai bersama.
Ini jelas menunjukkan masyarakat Melayu amat mementingkan ikatan silaturahim antara ahli kelurga agar bahagia dan harmoni.

Dapur

Rumah Dapur pula berfungsi sebagai tempat untuk kaum perempuan memasak dan tempat khas untuk tetamu perempuan mlambangkan peranan perempuan dibelakang lelaki sesuai kedudukan dapur selepas rumah ibu.Ruang ini juga berperanan sabagai tempat khas untuk ahli keluarga berkumpul semasa makan.
Orang luar tidak dibenarkan masuk sesuka hati ke ruang dapur untuk mengelakkan unsur- unsur fitnah dalam masyarakat.Ia juga sebagai tempat ibubapa menyampaikan pesanan, pandangan dana nasihat kepada ahli keluarganya.Falsafahnya adalah untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan silaturahim antara ahli keluarga dan masyarakat Melayu yang tetap memelihara hubungan kekeluargaan.

rumah+johor

Rumah Johor

Rumah traditional Melayu Johor juga dikenali sebagai rumah limas Johor. Seni binanya sangat cantik dimana pembinaannya tanpa menggunakan paku, hanya berdasarkan kepada tanggam semata-mata. Rumah limas traditional ini dibina berdasarkan pada cuaca iklim tropika di Semenanjung Malaysia. Rumah limas Johor banyak dipengarui elemen-elemen luar seperti dari British, Belanda, dan juga unsur-unsur rumah di Indonesia.

Rumah limas Johor mempunyai bentuk asas yang sama iaitu dibina sederhana tinggi. Cara untuk mengenal pasti rumah limas Johor ialah melalui bumbung rumah iaitu mempunyai perabung panjang dan bersambung dengan empat buah perabung limas. Pada puncak bumbung dipasang kayu tajam yang dipanggil tunjuk langit. Rumah ini mempunyai ruang hadapan yang dipanggil rumah ibu dan di hujungnya ialah anjung. Biasanya rumah ini dibuat daripada kayu cengal, keranji, perak dan meranti.

Untuk mengetahuai dan melihat lebih dekat mengenai rumah ini bolehlah kita pergi ke Danga Bay, Johor Bahru kerana di kawasan ini didirikan rumah-rumah limas daripada setiap daerah di negeri Johor. Di kawasan rumah ini dibina landskap ala kampung. Kelihatannya cantik dan bersahaja. Penanaman rumput yang menghijau menjadikan kawasan taman menjadi lebih segar apatah lagi dengan kombinasi warna kayu rumah yang disapu dengan pewarna kayu. Balai Polis juga berbentuk rumah limas.
rumah-kelantan
Rumah Kelantan
Di Negeri Kelantan terdapat 2 jenis rumah tradisional Melayu dikenali sebagai Rumah Bujang dan Rumah Tiang 12. Rumah jenis ini mengandungi 12 tiang utama pada rumah ibu, 6 tiang serambi dan 6 tiang panjang. Bumbungnya panjang di mana pada tepi sudut dindingnya dipasang dengan tabir layar. Pada pinggir tabir layarnya terdapat papan pemeleh atau tumpu kasau iaitu sepasang pemeleh ibu dan sepasang pemeleh serambi.

Rumah Tiang 12 yang asli terdapat 3 unit bangunan iaitu bangunan rumah ibu yang mengandungi ruang selasar, rumah tengah dan rumah dapur. Bangunan rumah tengah dan rumah dapur bebilik atau bersekat.
Rumah Melaka

Rumah ini mempunyai reka bentuk ringkas dan mengandungi fungsi ruang secara asas, menunjukkan kesederhanaan pemiliknya. Reka bentuk rumah ini mengandungi serambi, rumah ibu, selang dan rumah dapur. Secara asas pelan rumah ini menyamai rumah kutai negeri Perak, perbezaannya terdapat serambi di bahagian hadapan rumah ini. Serambi adalah tempat berehat dan mengambil angin, melayan tamu dan meninjau aktiviti di hadapan rumah.


Keseluruhan dinding rumah diperbuat daripada kayu, kecuali di bahagian dapur yang mempunyai dinding pelupuh. Bahagian atap rumah ini dibuka sedikit untuk membenarkan pengudaraan masuk ke dalam rumah. Bahagian selang rumah pula didinding, berbeza dengan rumah kutai Perak. Rumah ini mempunyai tebar layar bermotif bunga dan papan pemuka yang berkerawang ringkas. Kayu jerejak di serambi juga mempunyai ukiran yang ringkas sesuai dengan konteks kesederhanaan rumah ini.

Lazimnya rumah ini dimiliki oleh orang kebiasaan, maka reka bentuk rumah ini terhad kepada fungsi asas iaitu mengandungi rumah ibu, rumah dapur dan serambi.Rumah dapur mempunyai pintu masuk di sebelah sisi belakang, memudahkan kaum wanita bertandang. Keseluruhan rumah adalah diperbuat daripada kayu meranti

Rumah ibu mempunyai bumbung dan lantai yang tinggi. Ia turut menempatkan sebuah ruang terbuka yang luas. Kebiasaan tidak terdapat bilik di sini, tetapi keluasan ruang ini boleh menempatkan sehingga dua bilik.
Rumah ibu dihubungkan oleh selang yang lebih terbuka. Selang mempunyai ketinggian yang sedikit rendah dari aras rumah ibu dan rumah dapur serta mempunyai dinding. Rumah dapur menempatkan segala peralatan memasak dan ruang makan. Ia dihubungkan oleh selang untuk ke rumah ibu. Di penghujung rumah dapur terdapat pelantar yang berfungsi sebagai tempat penyediaan makanan dan ruang meletak hasil yang diperolehi dari kebun atau sungai.

3 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Rumah-rumah di Mini Malaysia Melaka ke?

Unknown said...

Cantik..teringin ada rumah lama Melayu.

the legend said...

Apa lagi ruang yang ada dalam rumah tradisional melayu? Serambi, Anjung, Rumah Ibu, Pelantar, Dapur dan ____ anak?