Tuesday, August 13, 2013

SALAM SYAWAL 6 - BERTEMU SEPUPU BARU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam kepada Baginda Rasulullah saw.
Dan orang-orang yang berkata ( berdoa) "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati ( kami) dan jadikanlah kami pimpinan bagi orang-orang yang bertaqwa"
(maksud ayat 74 surah al Furqan)
Alhamdulillah pada Isnin 5hb Ogos 2013 lahirlah seorang putera Sdr Abdullah Jaya bin Kaliman dan Pn Asmarani Ismail.
Dilahirkan di Hospital Colombia Asia Cheras Selatan jam 8+ pagi.
Inilah sepupu terbaru saya!
Sdr Abdullah Jaya ialah bapa saudara saya yang ke 21. 
Pn Asmarani dan anak-anak.


Sewaktu saya tiba, baby tidak ada di wad.
Kemudiannya baby tiba bersama-sama doktor. Baby agak besar 4. 2 kg.
Moga baby sihat-sihat sahaja. Baby bersama kakak-kakak.

Cerita-cerita raya (2)

- Siapa nama baby ni?
-Afif Firash bla bla....( kata ayahnya)
-Firash, nama dalam drama?( Tanya kak Farah). Ayahnya agak terkejut..
- Drama Sebenarnya Dia isteri saya ( kata Nur Auni Fatini- kakak)
Wah! kakak namakan adik dengan nama dalam dramalah....


Alhamdulillah.


SEBARKAN SENYUM SEBARKAN SALAM
TAAT ALLAH TAAT RASULULLAH TAAT IBU AYAH.



No comments: