Monday, August 12, 2013

SALAM RAYA - DI KAMPUNG.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam ke atas Baginda Rasulullah.

Dalil disyariatkan Eidul Fitri sebagai hari kebesaran Islam adalah seperti yang dikhabarkan oleh Anas bin Malik ra. yang maksudnya "Rasulullah saw pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya mempunyai dua hari raya yang pada keduanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah."
"Aku datang kepada kalian sedangkan kalian mempunyai dua hari (raya) yang menjadi medan permainan pada masa. Sesungguhnya Allah telah mengantikan keduanya dengan yang lebih baik iaitu Eidul Adha dan Eidul Fitri."
(Hadis riwayat Iman Nasai' dalam Sunan an Nasai', Kitab as Solah: 595)

Alhamdulillah, syukur kita dapat berhari raya pada Hari Khamis 8hb Ogos 2013.
Seronok masing-masing dapat pulang ke kampung.

Kami pulang ke kampung pada Selasa 6/8.
Aktiviti pertama ialah menganyam ketupat. Hehe setiap kali nak raya saya belajar balik menganyam ketupat!

'Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat'
(maksud ayat 29 surah al Mu'minun)

Akhir puasa. Selepas aktiviti menghantar makanan kepada saudara mara tibalah waktu berbuka puasa. Sebelum itu saya sempat ke Kuala Rengit bersama adik ke pusat jualan terpakai bersama-sama adik. Masuk satu kedai membeli sesuatu dan  sesi temuramah bermula... dia membeli gerai terpakai berharga RM 12,000  dan dia juga hendak menjual tanah di situ -RM 140,000 tak boleh kurang! (boleh bina 6 buah rumah sewa katanya bila ditanya keluasannya...)

'Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku tinggal dalam kalangan kaum yang zalim itu'
(maksud ayat 94 surah al Mu'minun)
Malam raya - Berjemaah dan tahlil.

'Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu  daripada hasutan syaitan-syaitan. Dan aku berlindung kepadaMu wahai Tuhanku supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampitiku'
(maksud ayat 97, 98 surah al Mu'minun)
Hari raya tiba.
Jemput jiran-jiran bertahlil dan jamuan.
'Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat
(maksud ayat 109 surah al Mukminun)



Kemudian kumpulan marhaban masjid pun ada.


Masa untuk bergambar.
'Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakanlah rahmat dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat'
(maksud ayat 118 surah al Mu'minun)

Majlis bermaaf-maafan.
Saya dan emak.

Mula berziarah rumah saudara mara.
Ini di rumah Mak Long di Sg Kluang Rengit.
Ke kubur di Belahan Tampok darat.
Terjumpa sepupu-sepupu.
Ustaz Munsyi Abdullah bersama adik-adik dan ibunya.

Ada masa lagi. Kami ke Pantai Punggur pula.
Mestilah photoshoot banyak-banyak!
Air surut.
Malam budak-budak dengan bunga api.


Alhamdulillah.






Saya dan Aiman yang merajuk...

CERITA-CERITA RAYA(1)

Kisah Aiman di Tanah Kubur.
Bertubi-tubi soalan dia.

"Cari kubur siapa?"
"Kenapa tempat ni kecik?"
"Yang mati ni budak kecik ke? Eeh budak  kecik  tak matilah... (dia jawab sendiri)
"Dia ada kat atas ke?"
"Kenapa siram air?"
"Macam mana malaikat nak bawa ke syurga?"
"Aiman tak fahamlah..."

Al Fatihah kepada semua yang telah meninggalkan kita.


Sebarkan salam dan semarakkan amal.
Taat Allah Taat Rasulullah dan Taat Ibu Ayah.






4 comments:

Wan Fauzi™ said...

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin kepada seluruh muslimin & muslimat...

afeezz said...

selamat hari raya, maaf zahir & batin wat mama sekeluarga

zino said...

meriah nya.. raya..

makcikkantin said...

Salam syawal mama ju...hari baru sempat ronda2...tu pun tak habis