Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'dan mohonkanlah ampunan kepada Allah. Sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang'
(maksud ayat 106 surah An Nisa')
|
Alhamdulillah, dapat juga saya membawa sahabat dari Brunei dan emak ke Menara Condong.
Saya pun dah lama tak ke sini.
Masih tetap gagah seperti tahun ianya dibina 1865.
Ia mengingatkan kita kepada Menara Pisa di Itali. Ketinggiannya hanya 25 meter berbanding Menara Pisa 55 meter.
Garis pusat di bawah 13.5 meter dan menguncup di atas dengan garis pusat 8.2 meter.
-
Khemah-khemah jualan mencacatkan pemandangan. |
|
Mula dibina sebagai tangki air. Ketinggiannya kelihatan seperti bangunan lapan tingkat tapi ia hanyalah bangunan tiga tingkat sebenarnya.
Dikatakan pada waktu malam ianya cantik dengan lampu berwarna warni.
'Dan janganlah kamu berdebat untuk ( membela) orang-orang yang mengkhianati dirinya. Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang selalu berkhianat dan bergelumbang dosa.'
(maksud ayat 107 surah An Nisa') |
|
Hajah Jun dan baby.
Menara ini mempunyai 110 anak tangga
'Dan barang siapa berbuat kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia memohon keampunan kepada Allah, nescaya dia akan mendapatkan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang'
(maksud ayat 110 surah An Nisa') |
|
Bukan main lagi Hajah posing...
'Dan barang siapa berbuat dosa, maka sesungguhnya dia mengerjakannya untuk (kesulitan) dirinya sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.'
(maksud ayat 111 surah An Nisa') |
|
Suami beliau Hj Alimas.
'Dan barang siapa berbuat kesalahan atau dosa, kemudian dia tuduhkan kepada orang yang tidak bersalah, maka sungguh, , dia telah memikul suatu kebohongan dan dosa yang nyata.'
(maksud ayat 112 surah An Nisa') |
|
Menara ini letaknya tak jauh dari sungai Perak. Banyak perahu nelayan berlabuh di sini.
Ada warung-warung ikan bakar.
Sahabat kami ni memang teringin untuk makan ikan bakar .... |
|
Tapi keadaan tidak mengizinkan. Ikan, udang nampak tak segar! Tempat juga kurang mengujakan... |
|
Kami hanya memandang langit yang kian senja. |
|
Senja.
Kami pun berlalu.
SEBARKAN SENYUM DAN SEBARKAN SALAM.
TAAT ALLAH TAAT RASULULLAH TAAT IBU AYAH. |
4 comments:
Salam mama ju. Minggu lepas kami ke situ utk wedding photoshoot.
Masa tu tak adalah pulak gerai2 tu semua.
Salam Syawal Mama Ju
tempat saya bermain main masa kecil
cantiknya senja itu Mamaju!!
Dulu2 balik kampung suami selau ikut Teluk Intan tetapi tak pula teringin nak singgah kat Menara Condong tu sekarang kalau balik ikut lebuhraya sahaja cepat sampainya ke Bota.
Post a Comment