Sunday, August 25, 2013

DARI BRUNEI KE MENARA CONDONG

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'dan mohonkanlah ampunan kepada Allah. Sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang'
(maksud ayat 106 surah An Nisa')



Hajah Jun dan baby.
Menara ini mempunyai 110 anak tangga

'Dan barang siapa berbuat kejahatan dan menganiaya  dirinya, kemudian dia memohon keampunan kepada Allah, nescaya dia akan mendapatkan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang'
(maksud ayat 110 surah An Nisa')
Bukan main lagi Hajah posing...

'Dan barang siapa berbuat  dosa, maka sesungguhnya dia mengerjakannya untuk (kesulitan) dirinya sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.'
(maksud ayat 111 surah An Nisa')




Suami beliau Hj Alimas.
'Dan barang siapa berbuat  kesalahan atau dosa, kemudian dia tuduhkan kepada orang yang tidak bersalah, maka sungguh, , dia telah memikul suatu kebohongan dan dosa yang nyata.'
(maksud ayat 112 surah An Nisa')

Menara ini letaknya tak jauh dari sungai Perak. Banyak perahu nelayan berlabuh di sini.
Ada warung-warung ikan bakar.
Sahabat kami ni  memang teringin untuk makan ikan bakar ....
Tapi keadaan tidak mengizinkan. Ikan, udang nampak tak segar! Tempat juga kurang mengujakan...
Kami hanya memandang langit yang kian senja.

Senja.
Kami pun berlalu.


SEBARKAN SENYUM DAN SEBARKAN SALAM.
TAAT ALLAH TAAT RASULULLAH TAAT IBU AYAH.






4 comments:

makcikkantin said...

Salam mama ju. Minggu lepas kami ke situ utk wedding photoshoot.
Masa tu tak adalah pulak gerai2 tu semua.

atuk said...

Salam Syawal Mama Ju

tempat saya bermain main masa kecil

Dr Singa said...

cantiknya senja itu Mamaju!!

JunAina said...

Dulu2 balik kampung suami selau ikut Teluk Intan tetapi tak pula teringin nak singgah kat Menara Condong tu sekarang kalau balik ikut lebuhraya sahaja cepat sampainya ke Bota.