Saturday, June 8, 2013

29 REJAB- SELAMAT HARI LAHIR - FARAH NABIHAH BT ADNAN.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Kuning menyala! Beberapa minit sebelum magrib menuju ke tempat letak kereta Masjid Besi, Putrajaya.

Ada kuliah hadis 40- bab 6 - tajuk halal haram.
Balik rumah makan ketam!
-


Selamat Hari Lahir Farah Nabihah. Farah dilahirkan secara induce di Pusat Rawatan Islam, KL . Masa itu Dato Dr Nur Asikin sangat terkenal, selalu muncul di tv, jadi saya ambil peluang mahukan beliau menjadi Dr  menyambut kelahiran bayi  saya.
Alhamdulillah, beliau ada.
 Ni surat cuti bersalin.
 Saya antara sedar dengan tidak malam tu di hospital. , Farah memang tidak bersama saya.
Emak kata ada sedikit parut di pipi Farah.
Saya sangat berdebar....
-

Satu malam dan kos-kos lain RM 1224. On call doktor  RM 50.( masa tu murahlah..)
Tu bil  deposit kot.

Alhamdulillah, Farah sihat. Selepas cuti bersalin, saya tambah dengan cuti tanpa gaji 3 bulan.
Lukisan Farah masa darjah 1 tahun 1998.. Farah bersama teman-teman rapat.
Yang pakai lipstik tu dialah....

Ini darjah dua sekolah agama,
Farah terus lompat ke darjah dua. Sebenarnya Pak Cik Farah tersilap daftar! tapi bila cikgu kata boleh membaca? Pakcik Amin kata Boleh! terus duduk darjah dua!

Tulisan jawi Farah waktu darjah dua. Cantik. tersusun rapi.

Moga Farah terus bahagia dan jadi anak soleh yang membahagiakan keluarga.
Amin.

Jam 12.00 malam 8.6/13, di dalam perjalanan, masing-masing ucap SELAMAT HARI LAHIR kat kakak!
Makan burger bakar Abang Burn di Kajang, dekat depan Mahaad Hamidiah.
Terimalah 'birthday party 'yang tidak sepertinya daripada kami....


Gaya jam 1 pagi sesampainya di rumah!

Alhamdulillah.


5 comments:

Dr Singa said...

Selamat Hari Lahir Farah !!

:)

Dr K said...

Happy birthday Farah!!!

Hebat mamaju...simpan lagi resit & MC tahun 1991 tu!!! :P

Hjh Noralenna Abbas said...

Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Farah Nabihah Adnan
Allah selamatkan kamu....

HAPPY BESTDAY...from fren mamaju

kaknor tmj said...

selamat ulangtahun kelahiran Farah. mcik nor doakan Farah sentiasa dilindungi Allah dan mencapai apa2 yg dicita2kan.
Ju memang hebat, kak kagum dgn Ju kr masih simpan banyak 'benda2' lama yg ada sentimental value, ciri2 sejarawan sejati ni....

afeezz said...

happy birthday farah... semoga sukses selalu