Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
(maksud ayat 23,24 surah Al Kahfi)
23. Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu: “Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi,
24. kecuali (dengan menyebut): “Insya Allah ″. Dan ingatlah kepada Rabbmu jika kamu lupa dan katakanlah: “Mudah-mudahan Rabbku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini”.
|
Jalan masuk ke Kg Sedia, Cameron Highlands.
Ini kg melayu paling awal, ada kira-kira 200 penduduk melayu di sini. Ada 16 pengusaha homestay. Tapi mereka kata stail Kampungstay! sebab hanya bermalam bukan ikut program mereka.
Saya lihat setiap rumah ada menanam sayur. strawberi. |
|
Saya menempah dua bilik di Homestay Hasr RM 200 semalam.. Tapi malangnya di saat akhir ianya penuh. Saya hanya berpuas hati bila diberi pilihan sebuah bilik besar dengan dua katil dan dua toilet. Bantal dan tilam tambahan disediakan RM 250 semalam. Ia seumpama rumah panjang. |
|
Dari muka pintu boleh lihat strawberi- masih kecil. |
|
Pokok anggur berusia 4 tahun memayungi tempat rehat. |
|
Nak BBQ pun boleh. |
|
Anggur masih kecil. |
|
Jalan masuk ke ' rumah panjang..' |
|
Hadapan Homestay. |
|
Rumah tuan rumah. Selepas bapanya meninggal, En Rustam memulakan Homestay ini pada 2008. Di katakan tanah-tanah di sini dijual dengan harga RM 700,000 satu lot. (luas tak pasti) |
|
Strawberi di rumah sebelah! |
|
Muka depan Homestay Hasr. |
|
En Rustam beri kunci untuk masuk ke strawberi ini! |
|
Satu kg meriah dengan bermacam tanaman dan jualan. Ini di sebelah Homestay tadi . |
|
Strawberi hanya boleh tenguk tak boleh petik! |
|
Tempat parkir kereta penuh dengan kobis! |
|
Indahnya Kg Sedia. |
|
Impian akan datang- Smoke house Inn. Terhad untuk mama dan abah sahaja. Harga termasuk sarapan pagi ala inggeris. Jumpa nanti! |
|
Selamat tinggal Cameron Highlands.
Insya Allah kami akan datang lagi.
Jangan lupa beli strawberi coklat, jagung mutiara yang sangat sedap dan keledek
-
30. Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal saleh, tentulah Kami tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalan(nya) dengan baik. 31. Mereka itulah (orang-orang yang) bagi mereka surga ‘Adn, mengalir sungai-sungai di bawahnya; dalam surga itu mereka dihiasi dengan gelang mas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan-dipan yang indah. Itulah pahala yang sebaik-baiknya, dan tempat istirahat yang indah;
(maksud ayat 30, 31 surah Al Kahfi)
TAAT ALLAH TAAT RASUL ALLAH. |
6 comments:
Stroberi yang dah sampai kat tanah pamah ni mesti masam!!!
Salam mama, Che Mid ada ambil detail homestay kg Sedia tu semasa ronda-ronda CH hari tu, tapi tak berkesempatan menginap.. wah, tentu teruja sangat bermalam sambil dikelilingi bunga-bungaan dan buah-buahan..
kampung yg best...sebab sejukkkkk..hihihih
salam ...saya nk sewa satu malam pada 12/8/13.seramai 15 orang .ada kosong hari tersebut?kalau ada hubungi 0148353767.
Salam..maaf mencelah..sy pernah cuba bwk strawberi fresh tanpa rasa masam..cuma kendaliannya sedikit cerewet..beli kotak polisterine,letak ais sedikit di bhg bwh,pastu letak suratkhabar sbg pembahagi,letak 4 kotak strawberi,tutup elok2 dan seal guna selotape..hrp membantu..
strawberi jadi masam kerana apabila berlaku perubahan suhu dr sejuk kpd panas (temperature damage)..jd untuk mengekalkan rasa manis strawberi,kita kena kekalkan suhu..bl dh smpi rumah,keluarkan dr kotak polisterine dan terus masuk ke peti ais..ingin tanya lebih lanjut,boleh tya melalui email saifulrizal_abdullah@yahoo.com
Post a Comment