Friday, February 15, 2013

MASJID DIRAJA SULTAN SULAEIMAN, KLANG.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



Kami masuk dari  bahagian belakang.
-
Masjid ini terletak di Kg Jawa, bersebelahan dengan Istana  dan bertentangan dengan Kolej Islam Kelang.
Ia dibina pada tahun 1932 dan direka oleh  L Keste Vend  an sebagai hadiah kerajaan British kepada Sultan Sulaimen. Awalnya masjid ini di namakan  Masjid Sulaimen Jamiur Rahman.

Masjid ini telah didaftarkan sebagai Warisan Kebangsaan.
Saya tercari-cari di mana ruang wanita. Masuk terus ke ruang utama ini, nampak  mimbar yang ada  dua bendera.
Ruang utama  ini nampak agak kecil, berlekuk-lekuk.
Sudahnya saya dan Ulfah bersembahyang di balik  pintu ini.
Banyak pintu berukir....


Saya bersembahyang di hadapan kawsan ini.
Suasana sunyi kerana bukan waktu orang bersembahyang jemaah.
Berdebar juga.


Ada menara, satu kubah besar dan enam kubah kecil.
Ada unsur-unsur Art Deko.
( Menekankan penggunaan geometri mudah, kiub dan   elemen dekoratif minima.).Warna kuning adalah sesuatu yang baru di zamannya. Dulu tembaga atau unsur emas.
Di reka selepas pembinaan masjid Ubudiah, Perak dan Masjid Jamek Kuala Lumpur
Pintu kecil bahagian belakang.
Di sebelah masjid ini terdapat pusara Di Raja.



Rekabentuk masjid ini bergeometri segi lapan. Dari teras segi lapan asal sebagai tempat solat utama, ianya berkembang ke lapisan geometri kedua yang menempatkan serambi masjid. Seterusnya bercabang kepada empat arah, arah hadapan sebagai mihrab, arah kiri kanan menemukan  anjung pintu masuk dan arah belakang memanjang ke arah menara dan anjung utama masjid,

Jika dilihat secara rambang, ia membentuk satu palang yang menyerupai reka bentuk gereja-gereja di Eropah.Mungkin pereka sudah terbiasa dengan pembinaan rumah ibadat di tempatnya.Tetapi di sekeliling teras segi lapan itu telah diubahsuai menjadi masjid itu lebih kelihatan empat segi dari dipandang dari luar.

(Tulisan di atas dipetik daripada Laman Web Perpustakaan Negara di bawah Warisan Budaya Malaysia.)

-
Alhamdulillah.
- Sebarkan salam dan semarakkan amal.

4 comments:

azieazah said...

Kagum saya membaca dan melihat gambar masjid tersebut.

Saya suka dengan benda benda sebegini.

nadz said...

Assallamualaikum Mama Ju,

Sangat berilmu N3 ini. Saya juga sgt suka melihat dan mengambil gambar2 masjid2 di Malaysia. Semasa belajar dolu2 , dalam subjek Seni Islam Perbandingan, saya mengkaji masjid Ubudiah, KK. Jadi N3 ini mengingatkan saya pula.
Terima Kasih Mama Ju

Dr Singa said...

satu lagi kembara yang InsyaAllah saya akan ikut nanti..

afeezz said...

assalamualaikum mama

cantik senibina masjid ni...