Friday, February 15, 2013

4 RABIUL AKHIR - SALJI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
A'isyah Ra berkata bahawa Rasululllah SAW bersabda yang maksudnya " Wahai Aisyah, bertaqwalah kamu kepada Allah dan bersikap lemah lembut. Lemah lembut itu tidak lain adalah perhiasan dan jangan dilepaskan sedikit pun kerana tidak lain akan berlaku melainkan keburukan"

"Wahai Aisyah ,takutlah kamu akan segala dosa kecil. Sesungguhnya untuk perbuatan ini terdapat tuntutan daripada Allah"
(HR Ibnu Majah, Ahmad. Ad Darami, Ibnu Hibban dan Al Qudhai)



Menyaksikan salji dan merasai angin sejuk di TAMAN BOTANI NEGARA, SHAH ALAM.
Taman ini terletak di Seksyen 8, Shah Alam.
Parkir  RM 3
Tiket masuk RM 3
Tiket ke rumah iklim sejuk RM 5
Shuttle- Percuma.
Basikal RM 5- 1 jam pertama.

Muka pintu Taman Iklim 4 musim.
Musim salji akan berakhir...
Ada dua dewan disediakan.

Cantik. Sejuk. Putih.

Mereka seronok - asyik menghembus nafas untuk melihat kepulan asap!

Ada lorong di tengah untuk melihat keindahan salji. Hehe tak boleh pegang pun...
Sejuk macam di Eropah!


Nampak salji tipu......












Pergola di lorong tengah.

Alhamdulillah.

Wasiat Rasulullah SAW kepada  Saidina Ali RA yang maksudnya:
"Wahai Ali, janganlah engkau memakai cicin pada jari telunjuk dan tengah. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut"
"Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu domba. Bahawasanya orang yang berbuat demikian  itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga."
( HR Ibnu Abbas)

3 comments:

afeezz said...

tak bole maen ke salji tu?

Kakzakie Purvit said...

Kakak dah sampai sini Kak Ju. Cuma terkilan lihat dari luar dan tempat pun tak luas. Ikut lorong itu aje kan.. Tapi tak apalah dapat tengok dibalik kaca jadilah...

Unknown said...

rajin sungguh mama nie berjalan.. :D