Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Barang siapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghaapus sepuluh kesalahan ( dosa) dan mengangkat darjat kepadanya"
(riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim)
Bentuk KHATAM AL NUBUWWAH.
Khatam al Nubuwwah adalah satu tanda di badan Rasulullah saw sebagai menunjukkan bahawa Baginda penutup segala nabi-nabi dan rasul.
Dalam satu riwayat, Jabir bin Samurah ra berkata yang maksudnya " Aku pernah melihat khatam ( tanda kenabian) Ia terletak di antara kedua bahuu Rasulullah saw. Bentuknya seperti sepotong daging berwarna merah sebesar telur burung merpati"
Ibrahim bin Muhamad pernah mendengar salah seorang putera Ali bin Abi Talib ra berkata " Apabila Ali bin Abi Talib menceritakan sifat rasulullah saw, maka dia akan bercerita panjang lebar. Dia akan berkata - di antara kedua bahunya terdapat khatam kenabian iaitu khatam para Nabi"
Diceritakan juga di dalam kitab Syamail Muhamadiah, bentuk Khatam Al Nuhuwwah. ia adalah tampalan daging sebesar telur burung merpati yang ditumbuhi dengan bulu-bulu nipis yang terletak di antara dua bahunya di belakang.
Sumber - Biografi Agung Rasulullah - Mustread.
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.
3 comments:
Selawat dan salam buat Rasulullah saw!
Shalawat serta salam sesungguhnya untuk yang terkhusus, wahai Rinduku…
berselawat ta dikala baca entry sis
Post a Comment